Man United Intai Malcom

MANCHESTER United merancang untuk mendapatkan pemain sayap Bordeaux, Malcom.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho menghantar pemerhatinya untuk mengikuti perkembangan pemain berusia 20 tahun itu musim lalu.

Pemain muda itu turut menjadi tumpuan pada jendela perpindahan Januari depan.

Malcom yang berhijrah ke Bordeaux dari Corinthians pada 2016 mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan dalam Ligue 1 Perancis.

Manchester United dikatakan memburu pemain sayap selepas mengenal pasti pemain skuad Brazil di bawha umur 23 tahun (U23) sebagai salah satu sasaran utama.

Bagaimanapun, mereka perlu membuat tawaran bernilai £30 juta (RM163 juta) kepada pasukan Ligue 1 yang dikatakan enggan menjual anak buah mereka. РMail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *