Lupakah Daim Kenapa Anwar Ganti Beliau Sebagai Menteri Kewangan

KEMUNCULAN Tun Daim Zainuddin ketika ini dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa wujud asas untuk mengesyorkan Polis Diraja Malaysia melaksanakan siasatan rasmi kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Malah Suruhanjaya juga berpendapat wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan turut dilakukan pegawai BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin (14 Julai 1984-15 Mac 1991).

Menurut sumber, berlaku pertukaran Menteri Kewangan di era pemerintahan Mahathir antara Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim disebabkan isu perjudian wang Bank Negara dalam pasaran Forex ketika itu.

Individu yang dikatakan terlibat melakukan jenayah dengan menjudikan wang Bank Negara dalam pasaran Forex pula kini sedang mengkritik pentadbiran Barisan Nasional yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daim Zainuddin cuba memfitnah kononnya sistem persekolahan negara goyang, kononnya wujud rasuah dan ketidaksamaan yang mengancam negara kepada sekumpulan anak muda dalam satu sesi pertemuan tertutup semalam.

Dalam usaha meracun minda anak muda, beliau menggesa peserta mempertahankan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dan membaik pulih sistem keadilan negara sedangkan seperti yang kita maklum beliau sendiri berada diambang tirai besi berdasarkan laporan RCI kerugian Forex Bank Negara.

Selangor dan Pulau Pinang kini hampir musnah dikerjakan pemimpin Pakatan Harapan yang rakus serta tamak. Anak saudara Menteri Besar Selangor sendiri telah ditahan oleh pihak SPRM. Malah ada desas desus mengatakan jenayah tersebut turut melibatkan Azmin Ali sendiri.

Sesungguhnya bukan mitos bahawa Melayu harus mengundi Umno untuk selamat.Lihat sahaja kehancuran yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

  • pru14.tv

***********

Kronologi Daim sebagai Menteri Kewangan

* 1984 – Tun Daim Zainuddin menjawat jawatan Menteri Kewangan dalam kabinet menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah.

* 1991 – Meletakkan jawatan tersebut dan jawatan beliau digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Daim meneruskan tugasnya sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan.

* 24 Jun 1998 – Daim dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang “dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi”.

* 8 Januari 1999 – Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan Pertama selain memegang portfolio Menteri Tugas-Tugas Khas.

* 11 Disember 1999 – Rombakan kabinet menyaksikan Daim terus memegang jawatan Menteri Kewangan dan Tugas-Tugas Khas.

* 11 Mei 2000 – Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan yang Daim akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan yang timbul sejak beberapa bulan lalu.

* 5 Jun 2000 – Daim menafikan khabar angin yang beliau akan meletakkan jawatannya. Sebaliknya beliau menyerahkan segala keputusan kepada Perdana Menteri.

* 19 April 2001 – Perdana Menteri mengesahkan Daim sedang bercuti selama dua bulan. Jawatan beliau bagaimanapun tidak perlu dipangku, sebaliknya hanya diwakili oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Nazri Aziz.

* 22 Mei 2001 – Daim berkata, beliau sendiri akan menentukan tidak lama lagi sama ada untuk meneruskan cutinya yang dijangka berakhir pada minggu ini.

* 29 Mei 2001 – Daim membayangkan beliau akan kembali bertugas seperti biasa selepas percutian dua bulannya bermula awal April menghampiri penghujung. Beliau turut menafikan sebarang rancangan untuk meletak jawatan.

* 1 Jun 2001 – Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan bertajuk Heboh Daim letak jawatan hari ini ekoran tercetus kembali spekulasi mengenai perkara tersebut. Cuti dua bulan Daim berakhir hari ini.

* 1 Jun 2001 – Dr. Mahathir yang ditemui wartawan sejurus kembali dari Jakarta pada pukul 11 pagi berkata, beliau tidak menerima apa-apa surat peletakan jawatan daripada Daim, selain enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut.

* 1 Jun 2001 – Pejabat Utusan sekali lagi menerima panggilan telefon bahawa Daim telah mengemukakan surat peletakan jawatan pada pukul 3 petang.

* 2 Jun 2001 – Perdana Menteri mengesahkan menerima surat peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan daripada Daim berkuat kuasa 1 Jun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *