Lukaku Jadi Hero, Man United Benam West Brom

Share This:

JIKA Jose Mourinho mahu sesiapa lebih positif mengenai Manchester United, beliau mungkin mengaitkan dengan pemain Romelu Lukaku.

Buat kali kedua dalam tempoh lima hari, penyerang itu meraikan jaringan.

Satu gol Lukaku pada minit ke-27 membantu Manchester United menundukkan West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns stadium di Bromwich, England pada lewat malam Ahad.

Pemain kelahiran Belgium itu baru menjaringkan gol ketika menentang Bournemouth, minggu lalu.

Menerusi mata 2-1, satu lagi jaringan Manchester United dilakukan oleh rakan sepasukan, Jesse Lingard pada minit ke-35.

Gol tunggal West Bromwich Albion menerusi aksi Gareth Barry pada minit ke-77.

Lukaku sebelum ini menghabiskan masa selama semusim secara pinjaman di West Bromwich Albion tahun lalu.

Manchester United kini di tangga kedua dalam ranking Liga Perdana Inggeris dengan 41 mata, berbeza tiga mata di belakang Manchester City.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*