Individu Lakukan PCB Tidak Perlu Hantar Borang Cukai

Share This:

Kebanyakan majikan telahpun melakukan Potongan Cukai Bulanan (PCB) setiap bulan dan ini dinyatakan di dalam penyata gaji bulanan pekerjanya. PCB ini boleh dianggap sebagai cukai yang telah muktamad dan ini telah dikuatkuasakan mulai tahun taksiran 2014.

Jika individu yang mempunyai pendapatan dalam kategori penggajian dan pendapatannya telah dipotong cukai secara bulanan melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Syarat untuk tidak menghantar BNCP ini hanya dibenarkan jika individu tersebut mempunyai satu punca pendapatan penggajian sahaja termasuk manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman.

Ini termasuk berkhidmat dengan majikan yang sama bagi satu tahun kalendar serta PCB dipotong mengikut kaedah-kaedah cukai pendapatan yang telah ditetapkan.

Bagi individu yang cukai pendapatannya tidak ditanggung majikan atau bagi suami dan isteri yang membuat pilihan untuk melakukan taksiran cukai berasingan juga boleh untuk tidak mengisi dan menghantar BNCP.

Kebaikan PCB ini memberikan kemudahan kepada pembayar cukai untuk memilih tidak perlu menghantar BNCP secara e-Filing atau manual apabila PCB yang telah dibayar adalah tepat. Ini kerana potongan cukai yang tepat dan tidak terlebih potong adalah tidak perlu menunggu bayaran balik atau baki cukai yang perlu ditambah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Walaubagaimanapun, individu boleh memilih untuk menghantar BNCP bagi tujuan bayaran balik pada atau sebelum 30 April.

Namun begitu, individu yang telah dipotong cukai melalui PCB dibenarkan menuntut potongan atau pelepasan dan rebat seperti zakat bukan melalui potongan gaji sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*