Hina Nabi Muhammad: Suri Rumah Dipenjara 6 Bulan, Denda RM15,000

Penjara enam bulan, denda RM15,000, hukuman bagi seorang suri rumah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW.

 
Tham Yut Mooi, 46, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang pada 4 Mei tahun lalu di dalam ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Jalan Perpaduan di Taman Perpaduan Ulu Kinta.
 
Berita Harian melaporkan, dia dituduh mengeluarkan kata-kata  ‘Nabi Muhammad babi’, didengar oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53; Mohd Yunos Harun, 73 dan Mohd Halim Buyong, 44, yang dilakukan dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan individu berkenaan.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

 

Menurut sumber lagi, peguam tertuduh memohon mahkamah agar memberikan hukuman ringan memandangkan tertuduh mempunyai dua anak dan ibu bapa yang perlu dijaga.
 
Mahkamah juga memerintahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak dari tarikh sabitan malah tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan bagi setiap kesalahan jika gagal membayar denda ditetapkan.
 

Mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga tempoh rayuan kes berkenaan selesai dengan syarat tambahan perlu membayar jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *