Dua Pegawai SPRM Ditangkap Khalwat Pukul Tiga Pagi

Share This:

 

Baru-baru ini, dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan ditangkap khalwat di sebuah kediaman di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi  (Sabtu).

 

Sumber daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan bahawa satu tangkapan telah dibuat dalam sebuah operasi serbuan pada jam 3 pagi.

 

Menurut sumber itu lagi, operasi tersebut membabitkan empat orang pegawai penguatkuasa daripada Jais.

 

“Siasatan masih berjalan ke atas dua individu yang ditahan itu,” dedah sumber tersebut apabila ditanya oleh sebuah portal sama ada kedua-dua yang ditahan itu merupakan pegawai SPRM.

 

Difahamkan, kedua-dua suspek ditemui ‘berdua-duaan’ di dalam sebuah unit kondominium di Taman Esquire.

 

Turut difahamkan, suspek lelaki itu dikatakan memegang jawatan pengarah di salah sebuah jabatan di SPRM manakala suspek wanita pula bekerja di pejabat ketua peseuruhjaya di badan anti-korupsi tersebut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*