Demi Islam, UMNO Dan PAS Bersatu

Share This:

Pada 4 Disember 2016, satu sejarah tercipta apabila buat kali pertamanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkongsi satu pentas yang sama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tujuan himpunan berkenaan diadakan adalah untuk menunjukkan kesepakatan suara umat Islam di negara ini berhubung kekejaman Junta Tentera Myanmar yang begitu hebat membantai Etnik Rohingya di Rakhine sehingga memaksa ratusan ribu etnik berkenaan menjadi pelarian dan ratusan ribu yang lain menjadi korban.

Ironinya, himpunan ini diadakan sebaik sahaja selesainya Perhimpunan Agung UMNO kali ke 70 yang menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib membuka pintu kerjasama antara UMNO dan PAS seluas-luasnya. Dalam ucapan perasmian perhimpunan berkenaan, beliau menampakkan betapa besarnya jiwa beliau dan UMNO dalam menerima kerjasama yang begitu diidamkan oleh setiap umat Islam di negara ini.

Terbaru, pada 24 Disember ini, satu lagi perhimpunan yang bakal menyaksikan, Presiden UMNO dan PAS bakal berkongsi satu pentas untuk tahun kedua berturut-turut. Himpunan Solidariti untuk Palestin dijangka bakal diadakan di perkarangan Masjid Putra yang dijangka bakal dihadiri oleh ribuan umat Islam.

Menarik untuk diperkatakan, himpunan kali ini juga diadakan setelah Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 selesai diadakan. Ianya juga adalah himpunan kali kedua yang dianjurkan demi membela nasib umat Islam yang teruk ditindas oleh rejim Zionis di Palestin setelah kejayaan menganjurkan Himpunan Untuk Rohingya, setahun yang lalu.

Melihat kepada kedua-dua himpunan ini, sangat jelas sekali, dalam menyentuh nasib umat Islam, hanya UMNO dan PAS sahaja yang benar-benar berjuang demi memartabatkan Islam itu sendiri. Kedua-dua parti berkenaan sanggup mengenepikan perbezaan idealogi politik dan bersatu di satu pentas yang sama bagi menyuarakan hak dan kepentingan umat Islam.

Timbul persoalan di sini, adakah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mampu melakukan perkara sedemikian?

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh saatu portal pro DAP, Roket Kini bertarikh 14 Februari 2017, mereka mendakwa, UMNO dan BN telah menjalankan propaganda rasis dan tidak bertanggungjawab dengan mendakwa DAP sebagai sebuah parti rasis dan tidak akan membela nasib kaum Melayu dan umat Islam di negara ini seandainya mereka berkuasa kelak.

Malah, baru-baru ini, Lim Kit Siang pernah mendakwa, tiada apa yang berubah terhadap Islam dan kaum melayu seandainya Pakatan Harapan berkuasa. Malah, Kit Siang turut berjanji akan membela nasib kaum Melayu dan Islam seandainya Pakatan Harapan berkuasa kelak.

Mungkin ianya kedengaran begitu lunak buat mereka yang taksubkan Pakatan Harapan. Namun, jika dinilai dari rentetan perilaku para pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP, belum pun membentuk kerajaan, mereka sudah seweng-wenangnya memperlekehkan Islam dan Melayu.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana celupar dan biadabnya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengeluarkan ayat yang amat biadab terhadap kaum Melayu. Tindakan Nga Kor Ming ini bukan baru sebenarnya, sudah acapkali dia mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina kaum Melayu dan Islam.

Lebih hebat lagi, tahun lalu hangat diperkatakan tentang tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan larangan mengalunkan ayat suci Al Quran sebelum azan Subuh dikumandangkan. Malah, dalam arahan yang sama, larangan penggunaan pembesar suara untuk azan Subuh juga disertakan dengan alasan, mengganggu tidur mereka yang bukan beragama Islam.

Adakah ini yang dinamakan sebagai membela nasib umat Islam seandainya mereka berkuasa kelak? Dari apa yang dilihat, ini bukannya membela tetapi cubaan terancang untuk melemahkan Islam dan mengucar kacirkan perpaduan kaum Melayu di negara ini.

Walaupun UMNO dan PAS berlainan idealogi politik, apabila berlaku sesuatu yang boleh mengancam dan merosakkan kemasyalatan umat Islam, kedua-dua parti berteraskan kaum Melayu dan Islam ini boleh bersatu di pentas yang sama dan mengeluarkan amanat yang sama.

Adakah ini tidak cukup menggambarkan kedua-dua parti ini amat mementingkan kebajikan umat Islam berbanding Pakatan Harapan yang hanya tahu beretorik semata-mata?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*