Adakah M Nasir Seorang Lagi Artis Pro Pembangkang?

 

Ketika tahun 1996, penyanyi terkenal M Nasir pernah digam daripada radio dan televisyen kerana dianggap kurang ajar terhadap perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan karyanya yang mengatakan dua patah kata “siapa Mahathir”.

 

Adakah M Nasir seorang artis Pro Pembangkang ketika itu? Berikutan larangan yang dikenakan ke atas M Nasir itu sering dirujuk sebagai peristiwa yang menggambarkan tahap kebebasan bersuara artis pada era pentadbiran Mahathir.

 

Namun,selepas lebih 20 tahun, apabila ditanyakan semula berkenaan kontroversi itu ketika program Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Kembara ke Solo yang diadakan di Pusat Informasi Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur pada 16 Disember 2017, M Nasir tidak berminat memberikan ulasan.Adakah kerana Mahathir ketika ini sudah berada di pihak pembakang?

 

Bagaimanapun,anak seni kelahiran Singapura itu menjelaskan bahawa beliau tidak suka membincangkan isu tersebut kononnya kerana ianya tidak mendatangkan hasil dalam kenyataan beliau di sebuah portal baru-baru ini. Benarkah begitu?

 

Jika pada zaman mahathir artis buat kenyataan seperti Fathia, Adibah Noor Shila Majid mungkin pasti kena “gam”,tetapi zaman Najib tidak pula begitu. Malah Mahathir kini turut memuji selebriti lain termasuk Fathia Latiff yang mengeluarkan kenyataan yang cenderung dilihat sebagai mengkritik kerajaan.

 

Sikap Mahathir dan M Nasir yang “double standard” itu mengambarkan diri mereka yang angkuh, bongkak serta sombong.  Kepentingan rakyat bukan keutamaan mereka. Kita tahu dengan jelas agenda peribadi dua manusia yang hipokrit ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *