Watak Enam Jahanam Yang Berangan Mahu Jatuhkan Najib Razak

Share This:

Ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah semakin hampir, Barisan Nasional (BN) sudah kukuh dan bersedia menghadapinya berdepan Pakatan Harapan (PH) sedangkan pakatan pembangkang masih lagi tidak bersedia dan sedang mencari rentak untuk mendapat keyakinan pengundi.

Dalam barisan pemimpin pembangkang kini lengkaplah barisan enam pemimpin yang boleh disenaraikan sebagai Enam Jahanam yang mahu menjatuhkan pemimpin tertinggi BN iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pembangkang dapat miliki Putrajaya dan angan-angan menang PRU14 tercapai.

Mereka ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PH, Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP iaitu anak Kit Siang, Lim Guan Eng, banduan liwat Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Apa yang menarik mengenai mereka semua ialah, kesemua tidak ada kaliber sebagai pemimpin tetapi begitu hebat dalam mereka cerita yang tidak betul serta menyebarkan fitnah dan matlamat mereka hanya merosakkan persepsi rakyat. Mereka juga bersedia menabur janji manis asalkan persepsi rakyat dapat diubah dan harapan mereka dipermainkan.

1. Lim Kit Siang

Lim Kit Siang sebenarnya adalah dalang paling utama dalam Enam Jahanam ini. Pada PRU14 kali ini, beliau akhirnya sudah berasa amat lengkap kerana barisan boneka politik terdiri daripada yang pernah jadi pemimpin BN dan yang pernah kecewa dipecat serta yang begitu berangan-angan hendak jadi Perdana Menteri.

Beliau ada banyak sumber hendak menggerakkan kesemua boneka ini dengan bantuan dana dari Israel yang bernilai berbilion yang sehingga kini tidak mahu dijawab oleh DAP. Walaupun Mahathir adalah ketua pakatan, tapi di belakang tabir adalah Kit Siang yang sudah berpuluh tahun berangan-angan mahu kalahkan BN sampai ke hari ini masih gagal.

2. Mahathir Mohamad

Watak kedua ialah Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang kini berhutang amat banyak dengan kroninya amat perlu berkuasa semula walau sudah berusia 93 tahun untuk dapat kembali kekayaan yang telah disonglap olehnya selama 22 tahun berkuasa dahulu. Skandal Forex, skandal Bank Negara Malaysia dan skandal Perwaja Steel semuanya kerja Mahathir.

Niat Mahathir hendak peralatkan Najib jadi Perdana Menteri bonekanya tapi gagal sebab Najib bijak. Bijaksana daripada Mahathir.

Najib bijak menghalang Mahathir yang mahu jatuhkan beliau sehingga sanggup memusnahkan prinsip dirinya sendiri.

“Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,” kata Najib.

3. Lim Guan Eng

Watak ketiga Enam Jahanam ini ialah anak Kit Siang iaitu Guan Eng. Peranan Guan Eng ialah menguatkan DAP di Pulau Pinang supaya menjadi lebih agresif mempertahankan pembangkang untuk menakluk seluruh negara jika pembangkang menang pada PRU14. Bagaimanapun, kesalahan Guan Eng merasuah ditutup oleh DAP kerana perancangan sudah berjalan dan BN perlu dijatuhkan.

DAP sanggup mempertahankan Guan Eng dan Kit Siang kerana dua ini adalah diktator dalam pakatan dek kerana mereka menguasai dana DAP dan berhak menentukan ke mana ia digunakan dalam gerak kerja politik mereka.

4. Anwar Ibrahim

Kemudian kita ada, banduan liwat Penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim yang diberikan harapan palsu oleh pakatan bahawa beliau akan jadi Perdana Menteri jika PH menang. Anwar percaya dan bantu gerak kerja dari dalam penjara, mengganggu serba sedikit BN tapi sebenarnya Anwar tidak ada fungsi yang banyak kerana beliau sudah tua.

Kini drama Anwar ialah berlakon jadi tahanan politik padahal dirinya sendiri yang meliwat orang sehingga sudah berjaya dibuktikan oleh mahkamah bahawa dia bersalah. Anwar berlakon, pemimpin yang lain dalam Enam Jahanam akan buat kerja merosakkan persepsi rakyat.

5. Azmin Ali

Watak Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sebenarnya adalah boneka Mahathir. Beliau jadi pertaruhan seandainya Kit Siang mengkhianat Mahathir dan mahu jadi Perdana Menteri, dan Azmin bersedia untuk disuruh melakukan apa sahaja. Siapa sahaj yang diperlukan untuk dikritik oleh Azmin, beliau akan lakukan demi kuasa kerana dia mahu kekal jadi Menteri Besar.

Azmin juga punya banyak niat tersembunyi dan salah satu yang terbesar ialah mahu mengatasi semua orang dan jadi Perdana Menteri. Mimpi itu sudah lama dalam kepala Azmin dan kerana itu kini dia sudah menggerakkan kempen seluruh negara untuk cuba jatuhkan Presidennya sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

6. Rafizi Ramli

Akhir sekali ialah Naib Presiden PKR, iaitu Rafizi Ramli yang fungsinya mengendalikan senjata utama pakatan iaitu penipuan dan fitnah. Apa sahaja fitnah yang mahu dilakukan menyerang UMNO, BN dan Najib berkaitan syarikat atau agensi, Rafizi lah orangnya. Fakta yang betul atau benar tidak penting yang penting fitnah dulu.

Dia juga bersedia disaman dan bersedia mengaku memfitnah selepas penipuannya terbongkar kerana Rafizi tidak ada kepentingan pun dalam kalangan pemimpin pembangkang. Tambahan pula, dia sudah pun dijatuhi hukuman penjara 18 bulan sebelum ini kerana kesalahan mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dua orang sahaja pemimpin berbangsa Cina dan bonekanya semua Melayu yang sehingga hari tidak sedar diri kerana sudah berkiblatkan kuasa dan pangkat. Apa sahaja sehingga perkara berkaitan umat Islam sejagat pun mereka sanggup politikkan khususnya ketika pemergian Najib ke Istanbul, Turki untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC.

Pengundi dan orang ramai tidak seharusnya memperjudikan nasib negara dengan mengundi pakatan pembangkang kerana nasib rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan sama lagi sedikit demi sedikit andai pakatan menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*