Suami Isteri Dan Anak Lelaki Lakukan Seks Langsung Melalui Aplikasi Sembang Line

ENTAH apa yang keluarga ini fikirkan sehingga mereka tergamak beraksi seks secara online dengan membabitkan suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun.

Malah mereka mempunyai penonton yang sanggup membayar untuk aksi jijik tersebut.

Polis Thailand mengambil tindakan menahan seorang wanita yang didakwa bayar untuk menyaksikan sesi seks langsung menerusi aplikasi sembang Line tersebut.

Ketua polis wilayah Phitsanulok, Kolonel Polis Songpol Sangkasem berkata, tindakan undang-undang turut bakal dikenakan terhadap kira-kira 100 penonton lain.

Pathumporn ‘Aye’ Mangkornchaiya, 27, ditahan pada lewat Khamis dan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer serta pelanggaran undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Pihak polis juga akan menyoal siasat wanita itu dalam usaha untuk buru seorang lagi suspek yang dipercayai mengupah keluarga berkenaan untuk melakukan acara seks langsung berkenaan.

Katanya, 100 penonton dalam kumpulan sembang itu juga berdepan dengan tindakan undang-undang. Pasangan suami isteri yang dilaporkan membuat persembahan seks dengan anak lelaki mereka itu ditahan polis.

Minggu lalu, ibu berusia 25 tahun itu ditahan di Phitsanulok, manakala anaknya kini dalam jagaan pihak jabatan kebajikan tempatan.

Wanita yang hanya mencari rezeki sebagai penjual buah itu diupah 400 baht (RM50) untuk melakukan acara seks terbabit dengan anak dan suami barunya.

Suaminya menyerah diri, Isnin lalu. Ibu bapa berkenaan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer, pencabulan kanak-kanak dan menggalakkan salah laku kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *