Lelaki Cabul Penumpang LRT Masih Berkeliaran

Share This:

HATI-hati para pengguna LRT memandangkan lelaki yang mencabul penumpang LRT masih lagi berkeliaran. Dia didakwa mencabul seorang penumpang LRT pada Khamis lalu masih belum ditahan, kata polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan perkara itu kepada media melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan polis sudah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan insiden itu daripada pihak pengendali LRT, Prasarana Sdn Bhd.

Katanya kes berkenaan dirujuk kepada Unit Jenayah Seksual Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan kenyataan polis, mangsa didakwa dicabul ketika berada di eskelator stesen LRT Masjid Jamek.

“Lelaki terbabit melarikan diri serta-merta tetapi seorang rakan mangsa sempat merakam gambar suspek terbabit,” katanya.

Kejadian itu menjadi perhatian pada Jumaat lalu apabila seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Dhabitah Zainal memuat naik status menceritakan bagaimana rakannya diserang semasa dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Masjid Jamek.

Kata Dhabitah seorang lelaki mengeluarkan kemaluan dan menggeselkannya pada punggung mangsa.

“Dia menjerit meminta tolong. Orang ramai ketawa,” katanya.

Perkara itu kemudian menjadi tular dan RapidKL pada mulanya menyatakan seorang suspek ditahan dan diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun difahamkan lelaki yang ditahan itu bukan suspek yang dicari dalam insiden pada Jumaat lalu, sebaliknya menjadi suspek kejadian cabul berasingan.

Kata RapidKL pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. Menurut polis kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu membabitkan kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda atau disebat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*