Ulama Tidak Pernah Paksa Ateis Peluk Islam- Khalid Samad

Share This:

 

Terbaru Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menulis reapons dengan memetik beberapa ayat al Quran dan kisah ulama terdahulu dan menyatakan para ulama terdahulu tidak pernah memaksa ateis masuk Islam.

 

Menurut sumber berkata, isu berkenaan penyertaan golongan Ateis Melayu di dalam Atheist Republic masih hangat diperdebatkan.

 

Tambah Pengarah Komunikasi dari Parti Amanah ini lagi seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, para ulama Islam terdahulu tidak pernah memaksa golongan ateis untuk memeluk Islam tetapi menggunakan hujah dengan cara masing-masing sehingga golongan ateis ini tumpas.

 

“Kisah Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah berdebat dengan ateis pada zaman mereka adalah antara kisah yang termasyhur. Yang hairannya tidak pula mereka menuntut golongan ini terus dipenjarakan atau dihalau keluar negara atau dikenakan akta hasutan.

 

Sebaliknya dihujahnya dengan cara masing-masing sehingga tertumpas golongan ateis.” “Imam Al-Ghazali juga masyhur dengan hujahannya menghadapi golongan falsafah. Ini semua bukti bahawa fahaman dan pegangan perlu dihadapi secara ilmiah dan berhujah bukan dengan ugutan dan kekerasan,” tambahnya lagi.

 

Khalid turut menyelar jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada persoalan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bahawa kegiatan ateis boleh ditangani menggunakan pendekatan ‘kuasa’.

 

Kata Dato’ Dr Asyraf Wajdi, kuasa membendung dan menangani fahaman ateis adalah tertakluk di bawah Senarai Negeri Senarai II Jadual Kesembilan bagi agama Islam, manakala kuasa menyekat gerakan Atheist Republic adalah di bawah Akta Hasutan.

 

Timbalan Menteri di Jabatabn Perdana Menteri ini memberikan respons balas kepada persoalan Atheist Republic yang turut dianggotai oleh ateis Melayu semasa soal jawab di Parlimen baru-baru ini.

 

Menurut Khalid Samad, pendekatan menggunakan ‘kuasa’ dalam menyelesaikan masalah kepercayaan peribadi merupakan sesuatu yang aneh dan tidak akan berkesan kerana kepercayaan tidak boleh dipaksakan.

 

“Pendekatan menggunakan ‘kuasa’ dalam menyelesaikan masalah kepercayaan peribadi adalah sesuatu yang saya anggap aneh dan yakin tidak akan berkesan.

 

Kita akan hanya berjaya memaksa mereka mengatakan mereka percaya sedangkan mereka kekal tidak percaya. Malahan mungkin juga bertambah dalam ketidakpercayaan mereka apabila kekerasan digunakan. Ini adalah kerana kepercayaan tidak boleh dipaksakan.”

 

Beliau turut menyebut bahawa sikap sebahagian umat Islam memperalatkan agama Islam demi mempertahankan kezaliman dan penyelewengan menyumbang kepada mula bertapaknya fahaman ateis di kalangan umat Islam.

 

Usaha menyebarkan fahaman ateis kepada orang Islam semestinya bercanggah dengan perlembagaan kerana tidak dibenarkan penyebaran agama lain selain Islam di kalangan orang Islam.

 

Dan fahaman ateis adalah fahaman yang selain dari Islam. Walaubagaimanapun, YB Khalid Samad menyatakan tidak mungkin adanya ateis yang beragama Islam dan isu yang dibangkitkan oleh YB Hanipa Maidin di Parlimen ialah isu berkenaan golongan ateis bukan Islam.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*