Trump Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu kota Israel Sebagai Hadiah Krismas Buat Pengundi – Akhbar Haaretz

Share This:

 

Menerusi Akhbar Israel Haaretz melaporkan bahawa tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota bagi negara haram Israel mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat Kristian evangelis di Amerika Syarikat.

 

Menurut Haaretz, mesej utama Donald Trump dengan jelas boleh difahami hanya dengan melihat hiasan pokok Krismas di belakangnya semasa beliau mengumumkan keputusan pentadbirannya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

 

Haaretz mendakwa hiasan perayaan masyarakat Kristian itu sengaja ditonjolkan bagi menghantar mesej yang jelas kepada para pengundi Kristian evangelis dan para pemimpin mereka bahawa ini merupakan kemenangan bagi mereka dan Donald Trump adalah orang yang boleh mereka harapkan.

 

Menurut sumber berkata,pengumuman penuh dramatik ini bukanlah suatu kebetulan memandangkan ianya dikatakan amat membantu kempen saat-saat akhir mantan penasihatnya, Roy Moore di pilihan raya Senat di Alabama yang berlangsung pada hari Selasa minggu ini.

 

Pengumuman itu juga dibuat beberapa hari sebelum lawatan rasmi Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence selama tiga hari ke Israel, yang tentunya bakal mendapat liputan hebat oleh media dan sambutan keraian sebagai wira penakluk.

 

Ini menggembirakan lagi golongan Kristian evangelis. Donald Trump dikatakan sedang menunjukkan kecintaannya yang mendalam terhadap negara haram Israel bagi mengambil hati golongan Kristian evangelis memandangkan golongan tersebut merupakan penyokong tegar pentadbiran beliau.

 

Undi yang diperolehinya daripada kalangan para pengundi tersebut adalah 81 peratus – lebih tinggi daripada mana-mana calon presiden sebelum ini, termasuklah George W. Bush.

 

Pengumuman tersebut dikatakan adalah sebuah hadiah Krismas bagi golongan Kristian evangelis yang bersungguh-sungguh menginginkan supaya Baitulmuqaddis jatuh ke tangan kaum Yahudi zionis.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*