Suri Rumah Hina ‘Nabi B***’ Dalam Masjid Dihukum Denda Rm15,000

Share This:

 

Seorang wanita yang dipercayai suri rumah didenda RM15,000 dan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas kesalahan mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW di kawasan sebuah masjid di sini, Mei tahun lalu.

 

Menurut akhbar metro, Majistret Siti Hanum Md Sah turut memerintahkan tambahan hukuman penjara tiga bulan kepada tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, jika gagal membayar denda.

 

Siti Hanum berpuas hati dengan keterangan dan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan yang mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan.

 

Mengikut pertuduhan, Tham didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.30 petang, pada 4 Mei 2016 di ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Ulu Kinta dengan mengeluarkan kata-kata “Nabi B***” yang dapat didengari tiga individu berbeza dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang berkenaan.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*