Sia-sia Pecah Rekod Kalau Tak Menang – Guardiola

Share This:

PEP Guardiola memuji rekod pencapaian Manchester City dengan cara mereka memenangi dalam permainan secara berterusan dengan begitu tangkas.

Menundukkan Swansea pada malam Rabu merupakan kemenangan ke-15 mereka, melebihi daripada pasukan lain dalam sejarah.

Guardiola kini menerima penghormatan itu dalam Liga Perdana Inggeris.

“Dalam sejarah ada beberapa pasukan hebat – Liverpool, (Manchester United) bersama Sir Alex Ferguson, Chelsea dengan Jose Mourinho,” kata pengurus Manchester City itu.

“Banyak pasukan yang baik dan bagus dan kami adalah yang pertama memenangi 15 perlawanan berturut-turut. Sudah tentu tidak masuk akal sekiranya kita tidak memenangi gelaran (Liga Perdana Inggeris).

“Jika kita tidak memenangi gelaran, ia hanya menjadi rekod.

“Rekod ini akan dipecahkan tetapi tidak mudah. Pada tahap ini ia sangat kompetitif,” kata Guardiola. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*