Shila Amzah Bengang Dibandingkan Dengan Neelofa

Netizen ni ada sahaja yang tak kena, bertalu-talu hentam selebriti dan kali ini yang menjadi mangsa adalah Shila Amzah.

Sebelum ini memang ramai haters Shila Amzah, sekarang penyanyi ini bertambah bengang bila dibandingkan dengan Neelofa pula!

Foto: Shila Amzah

Seorang netizen telah meninggalkan kritikan di ruangan Youtube milik pelantun lagu Selamanya Cinta ini dengan menulis,

“Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda”

Foto: IG Shila Amzah

Kekecewaan tersebut diluahkan oleh Shila melalui Insta Story, yang menafikan tuduhan netizen terbabit.

Foto: IG Shila Amzah

Kata Shila, fakta netizen tersebut tunggang terbalik dan tak masuk akal.

Tak pasti pula apa dendam netizen tersebut pada Shila. Semoga Shila terus bertabah melayanhaters tegar ya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *