Selesai Lempias Nafsu, Mangsa Liwat Diupah 20 Sen

Share This:

Melampau dan juga hina sekali! Sudahlah merogol dengan cara meliwat, mangsa kemudian diberikan pula wang yang berupa duit syiling sahaja. Mudahnya maruah dipermainkan!

Awani melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menerima 20 sen (Rp 800) dari seorang lelaki yang didakwa meliwatnya di rumah suspek di Jagakarta.

Menurut laporan ‘The Jakarta Post’, ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari rumah suspek.

Suspek kemudiannya memujuk mangsa untuk datang ke rumahnya dan berjaya meliwat mangsa selepas itu.

Suspek kemudian memberi duit syiling Rp 500, Rp 200 dan Rp 100 kepada mangsa dan memberi amaran kepada kanak-kanak malang itu agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.

Pun begitu, laporan tetap dilakukan oleh penjaga kanak-kanak itu dan kini suspek berjaya ditahan polis di Jakarta Selatan serta siasatan lanjut masih dijalankan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*