Mampukah OIC Melembutkan Pendirian Keras Trump?

Share This:

Kelmarin, buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan OIC, kesemua 51 orang pemimpin dunia Islam mencapai kata sepakat mengutuk keputusan Presiden Amerika, Donald Trump yang mengiktiraf seluruh Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Sebelum ini, terdapat banyak dolak dalik antara pemimpin dunia Islam berhubung isu yang membabitkan Amerika Syarikat dan Israel.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempelawa seluruh umat Islam di seluruh dunia supaya bersatu bagi menghalang sebarang langkah biadab Israel dan Amerika ini dilaksanakan. Apa yang menariknya, hasil daripada keputusan ini, kesemua pemimpin dunia Islam sepakat untuk bersama-sama Palestin bagi menuntut Baitulmaqdis Timur sebagai hak Palestin, sesuatu yang tidak disukai oleh Israel.

Seperti yang dijangkakan, keputusan yang diambil oleh OIC ini langsung tidak dipedulikan oleh Israel. Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Benjamin Netanyahu, beberapa jam selepas Ankara megeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf keputusan Amerika itu, beliau berkata, Israel tidak akan tunduk kepada sebarang desakan dan keputusan yang dibuat oleh OIC.

Dakwa Netanyahu, Israel mempunyai hak untuk menuntut keseluruhan Baitulmaqdis dan tiada mana-mana pihak dapat merubah keputusan berkenaan. Malah, dalam reaksi yang sama, Donald Trump turut berkata, beliau tidak nampak kenapa Washington perlu merubah keputusan yang telah dibuat memandangkan hanya itu sahaja jalan bagi membolehkan kedamaian wujud di Palestin.

Dalam hal ini, nampaknya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan terpaksa menggalas tugas yang cukup berat bagi melembutkan pendirian keras Trump. Satu perkara yang boleh melegakan OIC dan Erdogan adalah, hampir kesemua negara Eropah termasuk Russia, musuh diplomatik Turki, turut bersependapat dengan OIC dalam isu berkenaan.

Justeru, keputusan yang diraih di Istanbul sewaktu Sidang Luar Biasa OIC baru-baru ini dilihat sebagai salah satu pembuka jalan untuk membolehkan seluruh dunia bersatu dan meminggirkan Amerika dan Israel hasil daripada keputusan gila berkenaan.

Lebih memberi makna, kesemua ketua-ketua agama termasuk Pope Francis yang merupakan Ketua bagi Kristian Khatolik di Vatican City turut bersependapat dengan OIC dan mendesak Donald Trump menarik balik pengiktirafan berkenaan.

Walaupun majoriti kesemua pihak di dunia hari ini menentang keras apa yang dilakukan oleh Trump, ianya sedikitpun tidak melunturkan keghairahan Israel bagi mengusir keluar warga Paleestin dari Baitulmaqdis Timur yang selama ini dikuasai oleh Palestin. Buktinya, hari ini, tentera Zionis telah mengepung bandar berkenaan disamping aktiviti ketenteraan seperti pengeboman terus berlaku.

Sehingga artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 4 orang telah syahid akibat pengeboman berterusan oleh tentera rejim Zionis. Apa yang boleh kita harapkan kini adalah, Erdogan dan beberapa pemimpin dunia Islam, EU dan Russia mampu meyakinkan Trump bahawa langkah yang diambilnya ini cukup berisiko dan memungkinkan dunia berhadapan dengan Perang Dunia Ketiga sekiranya Trump kekal dengan pendiriannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*