Mahathir Jadi Tangan Yang Buka Pintu Benarkan Kit Siang Bakar Hak Orang Melayu

Share This:

JIKA HAMKA pernah berkata,  “Jika Hidup ini diantara pahit dan manis. Perjuangan untuk bangsa juga diantara kemenangan dan pengorbanan, Antara keringat dan air mata”

Ada kalanya pengorbanan terpaksa dilakukan demi kelangsungan perjuangan bangsa dilakukan- Itu adalah jihad untuk bangsa Agama dan negara. Tetapi kelangsungan tersebut akan terhalang jika ada “mamak bendahara” yang mahukan kuasa  dan sanggup memperjudikan bangsa sendiri.

Segalanya telah dikupas secara mendalam dalam Persidangan Agong UMNO yang telah berlangsung baru baru ini.  Pencerapan nilai-nilai perjuangan yang seharusnya diperkemaskan untuk menghadapi pertualang bangsa yang kini sedang bersama-sama DAP .

Kupasan yang diperkemaskan dengan sejarah perjuangan bangsa serta susur galur perjuangan serta keruntuhan bangsa yang mana dilakukan oleh anak bangsa Melayu sendiri tanpa memikirkan  natijah nasib anak cucu bangsa dimasa akan datang

Cukuplah menjadi petualang bagi bangsa hanya kerana politik, cukuplah menjadi tangan yang menarik musuh masuk ke dalam kelambu kita, cukuplah menjadi kaki yang menendang bangsa sendiri ke dalam lubang api yang marak sehingga hancurnya sebuah bangsa bernama Melayu.

Segalanya tidak akan berguna lagi apabila semua bangsa Melayu dihumban ke dalam kancah kawah babi yang dihidangkan kepada DAP untuk diratah hidup hidup. Ini adalah petanda dimana kehancuran bangsa itu bakal dihadapi  walaupun pahit.

Kerana apa? Kerana ada sebilangan  anak bangsa yang sanggup memperjudikan nasib anak bangsa  dan menjadikan anak bangsa akan datang sebagai hamba  terbangsat yang lahir di tanah air sendiri susulan kesilapan bangsa yang memijak kepala mereka kedalam lubang berlumpur bersama DAP.

Pesanan demi pesanan diperingatkan agar setiap aliran darah bangsa Melayu semestinya memikirkan  perjuangan yang  berteraskan bangsa Agama dan Tanahair dan bukan sekadar melihat politik itu sebagai jalan untuk mencari kekayaan semata-mata.

Sepatutnya, orang Melayu boleh bersatu atas prinsip dan ketetapan Islam. Kegusaran politik telah menyebabkan orang Melayu sukar untuk disatukan walaupun mempunyai kiblat yang sama. Ini lah yang sedang berlaku sekarang dimana resapan ideologi yang akan memusnahkan bangsa , adat warisan sesuatu bangsa.

Suasana perpecahan Melayu-Islam akibat perbezaan politik telah menyebabkan banyak perkara yang sebelum ini tidak dibahaskan secara terbuka semakin dipersoalkan. Usaha untuk mempersendakan Islam terus dilakukan, kerana ramai yang sedar apabila orang Melayu terus mengamalkan Islam, kekuatan mereka tidak akan tergugat.

Bagaimanapun, segelintir orang Melayu turut mempersoalkan mengenai beberapa status quo dan dasar yang dianggap sebagai sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu yang dimenteraikan dalam Perlembagaan.

Jika kita lihat apakah keadaan ini dikejar oleh sebilangan Melayu yang menyokong dasar komunis yang dibawa oleh DAP yang mana lebih menjurus kepada  untuk mendapatkan kuasa dan menguasai. Hasutan dan fitnah dijadikan santapan politik setiap hari.

Hasil daripada itu, orang Melayu dan Melayu yang lain terus bermusuhan akibat daripada fahaman  politik yang berbeza. Politik kebencian  diserapkan sehinggakan  melihat muka seorang Melayu oleh Melayu yang lain sekali gus menimbulkan kebencian.

Sejarah Tanah Melayu atau Malaysia ditatang kedaulatannya satu masa dahulu, dipelihara mertabatnya dari di nodai oleh bangsa lain. Keramatnya melebihi bangsa melayu itu sendiri. Bangsa Melayu terkenal dengan budaya  ketimurannya telah memakan diri  kini.

Sikap sopan tutur bahasanya kini telah merobohkan tembok  yang telah dibina untuk melindungi  maruah bangsa sendiri. Bangsa Melayu dulunya dianugerahkan dengan keistimewaan untuk melindungi kepentingan masa depan bangsa Melayu itu sendiri sebagai tuan kepada tanah pribumi yang berdaulat. Tetapi benarkah realitinya sedemikian?

Bangsa Melayu tidak pernah menidakkan peluang yang dinikmati oleh bangsa lain ternyata lebih bijak mengambil peluang untuk survival dan kebaikkan bangsa mereka.

Sikap harmoni yang ditunjukkan oleh bangsa Melayu  dapat dilihat dengan membenarkan bangsa lain mengamalkan  budaya, bahasa serta adat resam  serta sekolah kebangsaan  yang telah diamalkan sejak setengah abad yang lalu.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang  dilahirkan sebagai  bangsa Melayu sebenarnya tidak mendatangkan tuah  untuk bangsa itu sendiri atau tuah yang tidak menyebelahi kita, Mana tidaknya ketika siqiu, hindraf dan lain lain NGO  bebas menyatakan kepentingan atau survival bangsa mereka,

Sebaliknya orang Melayu akan dilabelkan sebagai perkauman  jika menyatakan pendirian  hala tuju bangsa Melayu. Menjulang  keris  sebagai adat resam pun sudah dikatakan tindakan yang melampau sehingga kan sanggup  memohon maaf.

Apakah sudah terbalik sekarang? pernah dahulu  ada orang berkata ” untuk melihat seseorang itu hatinya dijajah  ianya akan berasa megah dan berani terhadap bangsa dia sendiri, tetapi akan kecut dan gentar terhadap bangsa lain”

Ini yang sedang berlaku dikalangan  parti Melayu yang berada dibawah telunjuk Kit Siang yang  menguasai  segalanya didalam Pakatan Harapan. Pemimpin Melayu yang gah mempunyai nama terus tunduk  dalam apa juga isu dibangkitkan.

Isu isu yang melibatkan Islam terus dikeromokkan sebagai sampah dimata pemimpin Melayu  pakatan harapan. Mereka tidak berani mengangkat muka, tidak berani untuk mengeluarkan suara menentang agama mereka sendiri dipijak oleh DAP.

Sebenarnya kecaman dari bangsa lain  itu tidak lebih daripada untuk menguji bangsa Melayu, atau “test market” untuk menilai tahap  ketegasan sebagai satu bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini.

Nampaknya Kit Siang telah dapat menilai tahap perjuangan Mahathir, Muhyiddin dalam mempertahankan agama yang dikatakan agama mereka anuti.

Kini Mahathir sanggup membawa badan tuanya untuk meracuni pemikiran anak  Melayu agar terus menolak ketuanan Melayu dan bersama DAP , bersama Kit Siang dalam menegakkan agenda Pluralisme, Liberal dan kesamarataan yang menjadi agenda termahal DAP.

Kit Siang pada waktu ini sedaya upaya akan terus mengawal mulut-mulut lantang Melayu agar tidak memperkatakan hal hal yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Negara ini secara terbuka . Mereka akan bertindak balas dan mengecam tindakan memperkatakan hak hak Melayu.

Apakah akan terjadi jika teguran yang serupa  dibuat oleh bangsa Melayu  yang mana akan melibatkan adat resam, budaya, bahasa  bangsa lain?

Maka dengan kesepaduan mereka  bergaunglah gema  suara suara  yang menyatakan itu adalah ‘rasist’. Dimanakah pejuang kita yang saban  hari melaungkan  soal ketuanan Melayu?

Lebih malang lagi, untuk melindungi hak, kedaulatan  negara dan bangsa ini pun tidak dinyatakan secara jelas dan tidak secara terbuka, ini adalah kerana  takut dikatakan  itu adalah isu perkauman.

Malah takut kehilangan jawatan didalam Pakatan Harapan. Jika kita fikir secara logik dan rasionalnya, apakah  maksud yang dinamakan perkauman tersebut?

Jika tafsiran itu dapat dinyatakan secara jelas oleh cendiakawan  terbilang tanahair untuk  memperjelaskan  semua ini agar ianya tidak di manipulasikan  dengan sewenang-wenangnya oleh mereka  yang ingin melihat bangsa Melayu terjerat diatas pendirian yang di bina tentang semangat cintakan negara.

Kini tekanan telah banyak diberikan  kepada bangsa Melayu tanpa sebarang reaksi yang boleh menutup mulut atau tindakan yang dibuat oleh bangsa lain, sehingga kan pemimpin juga tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh mereka. Dengan sikap toleransi semangat bangsa Melayu tetap bersabar dengan karenah  tersebut.

Merekalah yang menjadi penaja dan pengasas Umno dalam perhimpunan bersejarah di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946.Jadi sangat tepatlah kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu kembali bersuara bagi pihak orang Melayu dan mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Umno

Maka apabila Melayu bersuara kelak, maka suara kita itu tidak akan dapat lagi dilekatkan dengan istilah perkauman, chauvinisme dan isme-isme yang lain, malah akan dapat dilihat sebagai satu keperluan yang praktikal dan mendapat sokongan padu daripada semua bangsa yang benar-benar mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju, teguh, berintegriti dan siknifikan.

Justeru itu, keseluruhannya orang Melayu harus bangun menentang  DAP yang diketuai oleh Kit Siang agar Melayu Islam terus berdiri dipersada bumi Melayu dengan gahnya. Jangan kita menjadi tangan tangan yang membuka pintu rumah kita membenarkan Kit Siang membakar  segala kepentingan yang ada didalamnya.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*