Mahathir Dari Watak Suci Kepada Watak Perosak Negara

Share This:

Seorang bekas pemimpin negara bernama Mahathir Mohamad sudah benar-benar terdesak mahu BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan sehingga beliau nekad memadam semua prinsip dirinya ketika jadi Perdana Menteri dulu. Mahathir memainkan watak baik dalam kes liwat Anwar Ibrahim pada 1998 dengan memecat Timbalannya itu.

Mahathir juga kononnya sebagai seorang yang hebat kata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri kerana berkelakuan moral yang buruk.

Pada Oktober 2014 pula, Mahathir terus memainkan watak baik apabila menyuarakan simpati kepada mangsa liwat Anwar iaitu bekas Pembantu Peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ketika Saiful melawat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada masa itu.

Tapi, Mahathir sudah jadi jahat sekarang apabila secara terbuka mendesak supaya peliwat itu dibebaskan dari penjara kerana dihukum selepas meliwat Saiful.

Saiful yang jarang-jarang bercakap semalam menerusi laman sosial Facebook menyuarakan rasa kecewa kerana Mahathir mengambil kesempatan memutarbelitkan kes liwatnya untuk kepentingan politik.

“Saya ingin menyatakan rasa kesal saya Tun Mahathir memilih untuk mempolitikan satu kes jenayah yang telahpun diputuskan dalam mahkamah.

“Sebagai bekas Perdana Menteri ,Tun Mahathir sepatutnya lebih tahu saya adalah mangsa sebenar perbuatan jenayah Anwar Ibrahim,” katanya.

Kata Saiful kuasa dan cita-cita telah membutakan beliau pada fakta kes jenayah.

‘Bagaimana orang boleh ketepikan prinsip dan maksud keadilan bila ia melibatkan matlamat politik yang mendesak.

“Betul dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal,Cuma kepentingan.Dan kepentingan itu adalah untuk tujuan keburukan,memijak kedailan ,kebenaran,kerana kuasa,” katanya.

Anehnya, Dr Mahathir yang dulunya cukup anti pada desakan-desakan dari luar negara kini desak Anwar dibebaskan untuk membolehkan dapatkan rawatan kesihatan lebih baik dalam kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Kimberley Motley.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*