Mahathir Dan DAP lah “Dark Forces” Cuba Hancurkan Negara

Share This:

FILEM “Star Wars: The Last Jedi” sedang ditayangkan diseluruh negara. Ironinya “Top DOG” Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menggunakan filem tersebut untuk meraih “mileage” politik yang sudah ketandusan kredibiliti.

Beliau yang terdesak mendapatkan perhatian telah menulis tweet “sedang mencari inspirasi untuk melawan Dark Forces” semasa menonton siri terbaru blockbuster itu. Mungkin Mahathir keliru dengan kedudukan beliau.

Rakyat malaysia kini menganggap Mahathir “Dark Forces” yang membuka pintu kepada DAP untuk “melumpuhkan” orang Melayu dalam usaha untuk menukar negara kepada sebuah negara liberal dengan membawa ideologi kesamarataan yang menghapuskan sama sekali Perlembagaan yang melindungi kepentingan orang Melayu dan agama Islam sebagai penduduk asal negara kita.

Dalam filem Star Wars, “Dark Forces” digambarkan sebagai mengguna kuasa kejahatan untuk mengambil alih dan memerintah galaksi. Mahathir dan DAP sedang menggunakan kuasa jahat sejak tahun 2015 dalam cubaan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan 1MDB melalui bukti yang diubah dan propaganda  lidah pembangkang iaitu Sarawak Report dan The Wall Street Journal .

Mahathir, yang memimpin negara selama 22 tahun dikatakan terlibat dengan skandal FOREX Bank Negara sehingga menyebabkan negara hampir muflis apabila RM 32 bilion hilang ketika mereka dikatakan berjudi dalam pasaran matawang asing.

Laporan RCI juga berkata, BNM mengalami kerugian tersebut dalam urusniaga pada 1992 hingga 1994 itu. Laporan itu juga berkata, bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab terhadap kerugian urusniaga itu.

Dan yang paling penting RCI turut mencadangkan, polis menyiasat Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Lupakah Mahathir bahawa beliau lah “Dark Forces” yang cuba menghancurkan negara?

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*