Lepas Azmin Buat Pada Saya Dan Keluarga, Saya Tak Akan Lupakan -Azwan Ali

Share This:

 

 

Personaliti televisyen, Azwan Ali mengakui sedih dan sakit hati dengan apa yang dilakukan abangnya selama ini susulan penahanan anak saudara mereka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan beliau dan tiga lagi individu atas dakwaan terbabit dalam aktiviti perlombongan pasir dan batu secara haram di Selangor berjumlah lebih RM4 juta baru-baru ini.

 

“Perbuatan dia sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan. Tiada lagi doa untuknya.

 

“Segala perkara benar akan terbongkar tidak lama lagi. Saya percaya setiap keburukan akan terbongkar juga.

 

“Saya tak takut kerana saya kenal siapa abang saya. Orang hanya melihat dari luar, tapi saya hidup dengan dia lebih 50 tahun,” katanya yang dipetik oleh portal itu.

 

Menurut Azwan, selama lima tahun Azwan, dirinya membantu abangnya itu berkempen, namun usahanya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepadanya.

 

“Saya doa depan Kaabah dia menang besar dalam PRU13 lalu. Sebagai adik, saya mahu tengok dia berjaya.

 

“Alhamdulillah, ALLAH SWT mendengar doa dan rintihan saya, dan memberi kemenangan buat dia dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.

 

Azwan berkata, abangnya tidak hanya menang, malah turut dipilih sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR.

 

Namun, katanya, itu cerita lama.

 

“Itu dulu… tapi lepas apa yang dia buat pada saya, adik dia sendiri, saya tak akan lupa. Hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

 

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar menteri besar yang juga abangnya, Mohamed Azmin.

 

“Saya hanya cerita kebenaran yang orang tak nampak selama ini.

 

“Saya berdendam dengan abang saya bukan kerana dengki atau apa, tetapi saya sudah tidak mampu bersabar lagi,” katanya lagi.

 

Justeru, jelas sekali, apa yang cuba di sampaikan oleh Azwan Ali itu kerana beliau lebih tahu rahsia yang cuba disembunyikan Azmin yang mungkin masyarakat tidak tahu selama ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*