Lelaki Curi Beg, Lompat Wanita Sujud Ketika Solat

Share This:

Seorang lelaki dari Pasir Mas tergamak melompat di atas jemaah wanita yang bersujud ketika solat Subuh untuk mencuri. 


Suspek dilihat melompat di saf kedua sebelum mencuri dompet serta telefon bimbit milik seorang wanita berusia 60-an.


Berita Harian melaporkan, Bendahari Masjid Kasar di sini, berkata CCTV menunjukkan suspek berada di ruang solat lelaki sebelum menuju ke ruang wanita apabila jemaah lelaki mula bersolat.

“Berdasarkan rakaman, lelaki yang tidak dikenali pada mulanya nampak seperti bersiap-siap untuk solat Subuh bersama jemaah lain, namun dipercayai pada rakaat pertama dia memasuki ke tempat wanita,” kata Said Kamaruzaman.


Rakaman tersebut tular selepas ia dimuat naik di media sosial oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid. -CARI

a

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*