Ketum Jadi Ubat Tahan Sakit, Rawat Ketagihan Dadah

Share This:

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum atau Mitragyna speciosa, lapor Harian Metro.


Difahamkan, ketum berpotensi sebagai ubat tahan sakit serta merawat ketagihan dadah.


Malah, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor selaku ketua penyelidik itu berkata, pasukannya giat membangunkan ubat baru terhadap jangkitan kulat sistemik, berkemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.



Foto: Harian Metro



Ketum sudah diselidik sejak 1960-an, dan kini sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna dikenal pasti. Daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid unik bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.


Mitraginina pada ketum bagaimanapun, tidak sama dengan morfin dan kajian terperinci perlu dilakukan bagi melengkapi maklumat berkaitan ketagihan.


“Didapati ketum bukanlah opiat (narkotik), justeru, kajian klinikal diperlukan bagi mengesahkan kegunaan ketum sebagai ubat penahan sakit baru selain sebagai ubat bagi rawatan ketagihan dadah.

“Namun kajian yang kami jalankan sejak 2007 itu menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan permohonan itu menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO),” katanya. 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*