Dalam Keadaan Gelap, Mangsa Rasa Dihempap,Ditusuk Kemaluannya

 

Pada hari ini seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.

 

Menurut sumber, Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (hari ini).

 

Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.

 

Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera.

 

“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan pemenjaraan bapanya ini,” katanya.

 

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.

 

Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di ibunegara pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

 

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk, mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *