Chelsea Enggan Jual Willian Kepada Manchester United

Share This:

MANCHESTER United menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Willian tetapi juara Liga Perdana Inggeris itu enggan menjualnya pada Januari.

Pemain kelahiran Brazil itu bercakap mengenai masa depannya berikutan kemenangan Chelsea ke atas Huddersfield Town baru-baru ini.

Malah dia memberitahu para penyokong kelab itu supaya bertenang kerana dia gembira di Stamford Bridge.

Willian begitu popular dalam kalangan rakan sepasukan, namun difahamkan dia kecewa dengan kekurangan peluang di peringkat awal dan mengetahui pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyanjunginya.

Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu tetapi Chelsea tidak berhasrat untuk menjualnya pada bulan depan, melainkan mereka menerima tawaran ‘luar biasa’.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mahu menyimpan hampir seluruh skuadnya dan bercadang untuk menambah pemain lagi berbanding mengurangkannya. – Mail Online

 

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*