Balas Budi, George Clooney Beri AS$1 Juta Setiap Seorang Kepada 14 BFFnya

Share This:

Bintang paling berjaya di Hollywood, George Clooney telah membuat kejutan yang tidak terduga kepada 14 rakan karibnya dengan memberi wang bernilai AS$1 Juta setiap seorang ketika jamuan makan di rumahnya.

Rande Gerber telah menceritakan detik gembira itu dalam program Headliners terbitan MSNBC. Dia turut hadir bersama 13 lagi rakannya yang dikenali sebagai The Boys pada 27 September 2013 dahulu.

Foto: Carian Internet

Wang tersebut dimasukkan ke dalam 14 buah beg hitam dan diletakkan di atas meja semasa dia memasuki kediamannya.


“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya ketika memberi ucapan menyentuh hati itu.


“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” jelas Clooney kepada rakannya.

Terdapat banyak wang kertas AS$20 yang keseluruhannya berjumlah AS$1 Juta Dollar di dalam beg hitam itu.


Bukan itu sahaja kejutannya, dia juga berjanji akan menjelaskan bayaran cukai yang ditanggung rakan-rakannya.


Dia juga memahami mereka semua pernah melalui kesusahan dalam hidup dan sehingga kini masih ada yang menghadapinya. Oleh itu mereka tidak perlu lagi bimbang selepas ini mengenai anak-anak, persekolahan mereka dan segala hutang akan dibantu oleh dirinya sendiri.


Clooney yang merupakan pemenang dua anugerah Oscars sebelum ini sememangnya seorang sahabat sejati yang tidak pernah lupa diri akan pengorbanan rakan-rakannya sejak dia menceburi industri hiburan sebagai pelakon sehinggalah menjadi seorang pengarah dan penerbit yang cemerlang.

F
oto: NY Daily News

Untunglah kawan karib George Clooney! Kita pun boleh buat begini mengikut kemampuan. Apa salahnya menghargai jasa rakan seperjuangan ketika jatuh bangun kita. Betul tak? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*