Ucapan Najib Mustahak Dalam OIC Untuk Kepentingan Umat Islam

Share This:

Suara Malaysia merupakan antara yang utama dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara yang terawal berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa yang diadakan di Lutfi Kirdar Congress Center di Istanbul, Turki, semalam.

Najib berucap selepas beberapa ucapan utama lain dari Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Raja Jordan Raja Abdullah II dan Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen. Suara Najib diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Erdogan sendiri menghubungi beliau untuk mengundang Najib ke sidang kemuncak berkenaan demi masa depan Islam.

Sidang Kemuncak itu diadakan atas permintaan Erdogan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-13 ekoran pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis atau Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Kata Najib, OIC mesti bersatu untuk menolak sebarang langkah untuk mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis itu kerana akhirnya ia hendaklah menjadi ibu negara Palestin. Najib dengan nada tegas mengutuk serta menolak sama sekali keputusan satu pihak oleh AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv, Baitulmuqaddis.

“Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing.

“Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin,” kata Najib.

Cemburu dan iri hati dengan suara Malaysia yang diiktiraf dunia Islam, Pakatan Harapan mula main kotor sampai perkara berkaitan Islam juga mereka hendak jadikan modal politik. Perbuatan mereka sudah sampai tahap mengejek seperti kebudak-budakan, bukan mengkritik secara profesional dan ilmiah dalam prinsip politik.

Facebook Kelab Che Det menyiarkan satu video mengejek Najib yang bergambar tetapi berdiri di bahagian kanan para pemimpin negara OIC pada sidang luar biasa itu. Facebook balaci Mahathir itu hanya menzahirkan cemburu Mahathir kerana makin dipinggirkan dunia lain termasuk dunia Islam.

Di bahagian hadapan gambar di Turki itu, Najib bergambar di barisan kedua selepas negara-negara yang diperintah oleh Raja. Mahathir hendak menutup malu kerana dalam Pakatan, walaupun ada banyak parti Melayu tapi cauvinis Cina yang menjadi teraju utama dalam diam, yang mempunyai kuasa bukannya Mahathir.

Parti Mahathir kecil sahaja umpama kutu hama dalam pakatan yang tidak ada peranan langsung biarpun bekas Perdana Menteri itu kini Pengerusi pakatan berkenaan. Malu jadi ketua tapi tak ada kuasa. Najib, suaranya didengari negara-negara utama Islam dan berani berdepan dengan AS dengan mengutuk tindakan zalim Amerika ke atas penduduk Palestin.

Mahathir juga sudah patah taringnya dalam isu Israel-Palestin kerana kini tidak lagi mengutamankan isu itu sebaliknya mahu berbalah lagi dengan Najib dengan isu politik peribadi. Dulu, masa jadi Perdana Menteri, Mahathir dikenali sebagai lantang mengkritik Israel tapi sebenarnya itu hanya lakonan Mahathir untuk dapatkan perhatian. Mahathir sepatutnya menyokong Najib yang dijemput sendiri oleh Erdogan dan sama-sama menyelar tindakan Israel tetapi Mahathir lebih memilih mahu terus berbalah sesama Islam.

Dalam pakatan, Mahathir sudah mula menyanjung penjenayah yang dulu dibencinya. Dia sudah mula menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini sama-sama mahu seorang peliwat dilantik jadi Perdana Menteri. Dia sudah mula sanjung Lim Guan Eng, Ketua Menteri perasuah yang tak tahu jaga rakyat tapi tahu beli banglo murah dari harga pasaran untuk kesenangan diri sendiri.

Di usia tua, kasihan apabila seorang bekas Perdana Menteri memilih untuk dikeji dan dibenci oleh rakyat hanya kerana mahu memuaskan kepentingan peribadi diri sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*