Suka Sangat Menunjuk, Aliff Syukri Terima Balasan

Share This:

Baru-baru ini jutawan terlajak laris DS Aliff Syukri ditimpa musibah apabila beg berjenamanya yang berharga ribuan ringgit, beserta wang tunai dan barangan berharga telah dicuri oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di Sepanyol. 


Menurut Aliff yang kini sedang sibuk menyiapkan muzik video miliknya berjudul Abang Nak Tegur, ketika kejadian juga dia tidak sedar memandangkan sedang membuat latihan untuk muzik video tersebut.


Menerusi kapsyen yang dikongsi Aliff di akaun instagramnya, selain wang tunai berjumlah hampir RM20,000 individu itu juga turut melarikan jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih dari RM100,000.

“Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Spain. Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo saya semasa sedang leka training,” itu antara tulisnya di laman Instagram.


Melihatkan perkongsian itu, netizen terus membanjiri akaun laman sosialnya dan melabelkan kejadian itu sebagai balasan kepada Aliff kerana menurut mereka dia suka menunjuk-nunjuk kekayaannya dan kejadian ini adalah satu ingatan kepadanya. 


Dan ada juga yang menyindir Aliff mengatakan rezekinya yang melimpah luah haruslah ‘dikongsikan’ dengan orang lain. 

Sebelum itu Aliff turut memuat naik laporan mengenai kejadian terbabit ke dalam akaun Instagram miliknya. Sementara itu juga kecoh apabila terdapat sebuah video yang memperlihatkan Aliff memarahi teman duetnya, Nur Sajat semasa melakukan rakaman muzik video tersebut. 


Walaupun kapsyen yang dimuat naik kedua pengasas kosmetik ini menunjukkan keduanya sedang bermasam muka, namun netizen percaya ini adalah satu lagi gimik yang dibuat untuk melariskan muzik video Abang Nak Tegur yang menjalani penggambaran di Sepanyol dan diarahkan oleh Yusry KRU.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*