Suami Cemburu Buta, Potong Tangan Isteri Didakwa Curang

Share This:

Seorang lelaki sanggup memotong kedua-dua belah tangan isterinya gara-gara cemburu yang melampau.


Dmitry Grachyov, 26, mendakwa Margarita berlaku curang terhadapnya dengan menuduhnya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.


The Sun melaporkan, Dmitry mengheret isterinya ke dalam hutan dan memotong tangan mangsa menggunakan kapak.


Walau bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana doktor berjaya menyambung semula sebelah tangannya semasa melakukan pembedahan kecemasan yang memakan masa selama 9 jam.

Sumber menambah, suspek panik selepas melihat tangan isterinya berdarah dan bertindak menghantarnya ke hospital sebelum menyerah diri.


Sebelum ini juga Dmitry pernah mengugut untuk membunuh isterinya dan tidak kisah jika dipenjarakan.


Bagaimanapun, seorang rakan menyifatkan mereka sebegai pasangan bahagia selama ini.


Pasangan tersebut sudah berkahwin selama lima tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki berusia tiga dan empat tahun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*