Skandal Sg Yu, Azmin Jangan Pura-pura Tak Tahu

Share This:

AKHIRNYA rakyat tahu dengan jelas bahawa dakwaan rasuah, kleptokrasi dan salahlaku guna kuasa sebenarnya didominasikan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Tuduhan, tohmahan, dakwaan dan fitnah bertali arus yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional hanya merupakan cara licik untuk mengalihkan isu tersebut dari Pakatan Harapan.

Kini skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjung Karang telah didedahkan kepada rakyat. Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­ngesahkan pihaknya akan membuka semula kertas siasatan skandal tersebut yang menyaksikan pelbagai episod kronisme, salah guna kuasa dan juga penyelewengan kronik.

Siasatan ke atas kes tersebut dibuka se­mula setelah SPRM memperoleh buk­ti-bukti baharu dan serentak dengan itu juga, beberapa saksi akan dipanggil untuk memperjelaskan beberapa isu berkaitan dengan skandal terbabit, yang melibatkan tanah seluas 14.4 hektar.

Pada Jumaat lalu, Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh mengakui wujudnya pelanggaran syarat dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu setelah pihaknya meneliti secara terperinci segala maklumat yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta PTG negeri.

Pengesahan tersebut nyata bertentangan sama se­kali dengan kenya­taan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menafikan wujud­nya sebarang penyelewengan dalam isu berkenaan setelah ia didedahkan serta dibangkitkan dalam sidang Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Selangor.

Adakah Azmin Ali mahu terus menafikan wujudnya salahlaku dan penyelewengan yang serius berkaitan dengan pemberian tanah di Sg Yu tersebut sedangkan perkara tersebut telah diakui oleh selcat yang menjadi kebanggaan Pakatan.

Untuk makluman, Selcat hanya bertindak sekarang sedangkan isu tanah Kampung Sg Yu mula dibangkitkan Adun Permatang Datuk Sulaiman Razak sejak 2016 lagi.

Adakah selcat menyedari bahawa perkara ini tidak lagi boleh disembunyikan memandangkan bukti telah jelas di depan mata baru mereka mengeluarkan kenyataan? Kita tahu bahawa Selcat tidak efisen seperti yang digembar gemburkan.

Kini Hannah Yeoh mengeluarkan lima resolusi kepada kerajaan negeri antaranya meminta Mohamed Azmin menggantung proses pemberi milikan tanah hingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik, selain mengesahkan semula kelayakan pemohon.

Persoalannya, adakah Azmin Ali akan terus berpura-pura yang beliau tidak tahu menahu mengenai skandal tanah Sg Yu ini walaupun bukti kukuh telah ada? Mungkinkan “Selective amnesia” kini mula menular setelah menjangkiti “Top Dog” Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Pendedahan pelbagai skandal di sebalik pemberian tanah tersebut viral dimedia sosial, antaranya mengenai kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi mampu melepasi tapisan Jawatankuasa Pemilih dan juga kerajaan negeri.

Malah terdapat 16 keluarga yang dipercayai ada kaitan dengan kepemimpinan DAP dan PKR bertindak membolot tanah di Sungai Yu, de­ngan menggunakan nama sendiri, bapa, emak, isteri, adik-beradik, ipar dan juga sepupu.

Individu yang tidak layak sepertti peguam, doktor dan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu juga dikatakan mendapat tanah tersebut.

Isu tanah Kampung Sg Yu dibangkitkan Adun Permatang Datuk Sulaiman Razak selepas beliau mempertikaikan kredibiliti Exco Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, kerana memberi jawapan bertulis mengandungi maklumat palsu berhubung isu penyerahan surat kelulusan tanah dan borang 5A Kampung Sungai Yu.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*