Putera MIC Sertai Program Mantapkan Hubungan Kekeluargaan

Share This:

Para pemimpin dari golongan muda sentiasa mementingkan betapa berharganya nilai kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjamin kehidupan lebih baik pada masa akan datang.

Pada 11 Disember lepas, Ketua Putera MIC Bahagian Rasah, Dineshwaran T Rajagopalu turut bersama-sama memperkasakan nilai kekeluargaan apabila menyertai program Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Teluk Kemang.

Ia diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Safiah Sidek bertempat di PDM Kampung Paya, Port Dickson.

“Saya berpeluang menyertai program ini yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita Bahagian Parti Progresif Rakyat (MyPPP), Puan Thulasi, Pengerusi Kongres India Muslim (KIMMA) Teluk Kemang, Siti Hawa, bekas Ketua MIC Cawangan Kampung Paya, Hamid Mustapha, Timbalan Ketua Pemuda MCA Teluk Kemang, Encik Vincent, Ketua Pemuda MCA Teluk Kemang, Encik Edward dan dua wakil Puteri UMNO Teluk Kemang, Eykaa Nazaruddin dan Rohaini Ahmad.

“Suasana sepanjang program ceria dan hidup, banyak aktiviti diadakan untuk pengunjung seperti pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, senamrobik, aktiviti keluarga, pemeriksaan pap-smear serta pemberian vaksin oleh bas-bas Lembaga Penduduka dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),” kata Dineshwaran melalui laman blognya.

Menurutnya, beliau turut meluangkan masa untuk bergaul dengan para pengunjung yang hadir serta menyertai beberapa aktiviti menarik termasuk melawat beberapa gerai peniaga kecil serta membeli produk yang dijual oleh mereka.

Dineshwaran yang juga Penasihat Putera MIC Teluk Kemang turut berpeluang menerima pesanan dari seorang peniaga yang mengasaskan jenama kosmetiknya sendiri Ancient Cosmetics, Suhana Ahmad yang turut berdaftar dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Saya begitu terharu melihat aktiviti yang diadakan turut disertai oleh oleh semua ahli keluarga pengunjung yang hadir,” katanya.

Beliau memberikan penghargaan dan memuji tuan rumah, Safiah kerana berjaya menganjurkan program berkenaan dengan baik serta berjaya memastikan ia berjalan lancar.

“Ia adalah sangat hebat untuk sama-sama terlibat dalam program yang menghimpunkan pengunjung tempatan dalam aktiviti ala-karnival, di mana semua orang ada berpeluang untuk bergembira pada masa sama menguatkan lagi ikatan dalam kekeluargaan dan dan antara pemimpin tempatan dan rakyat,” katanya.

Sehingga hari ini, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sayap Putera MIC dilihat masih terus konsisten bertemu rakyat dan menghulurkan bantuan serta tetap kuat menyokong Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Putera MIC sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat supaya suasana aman damai di Malaysia kekal stabil dengan cara kehidupan sosial dalam kekeluargaan yang sihat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*