Jihan Muse Sindir Fattah Amin Di Twitter?

Share This:

Tak habis-habis lagi dengan kontroversi Fattah Amin ‘lesap’ semasa program Meletop, Jihan Muse pula memuatnaik status yang berbaur sindiran terhadap seorang hero yang tidak bertanggungjawab. 


Status yang dimuatnaik pada 13 Disember itu berbunyi,


“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha”


Membaca status tersebut, tanpa berfikir panjang, ramai netizen yang terus menghentam Fattah Amin dan mengaitkan hero yang dimaksudkan Jihan adalah pelakon itu disebabkan kontroversi yang dicetuskan baru-baru ini.  


Menurut  status itu, Jihan Muse menyatakan peminat masih menyokong seorang hero yang gagal menunaikan tanggungjawabnya dengan baik berbanding dia yang sanggup melaksanakan kerja walaupun sedang sarat mengandung. 

Terdahulu, ‘kehilangan’ Fattah Amin ketika program Meletop yang sejak awal mengumumkan kehadirannya menyebabkan peminat mengamuk dan mengatakan Fattah tidak profesional. 


Walau bagaimanapun, Astro telah menafikan Fattah Amin bersikap tidak professional. 


Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menjelaskan Fattah sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung. 


Bagaimanapun peminat tidak dapat menerima penjelasan tersebut. 

Fattah Amin bersiap sedia untuk kemunculannya sebelum ‘hilang’.

Kemudiannya, isu ini menjadi lebih panas apabila peminat Neelofa mengaitkan Fazura dalam kejadian ini dan menyatakan Fazura mengawal pergerakan Fattah supaya tidak bertemu dengan hos tersebut. 


Agaknya bilakah perbalahan ini akan berakhir. Lagipun Fattah dan Fazura sudah berkahwin, Neelofa juga dikatakan sedang hangat bercinta. Harap peminat masing-masing dapat bertenang dan lalui kehidupan seperti biasa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*