Isteri Curang,Bunuh Suami Dengan Cara Yang Kejam

Share This:

 

Tergamak seorang isteri apabila sanggup curang dan membunuh suaminya dengan cara yang kejam.

 

Menurut sumber, wanita tersebut yang dikenali sebagai Swathi, dari Telangana, India, telah merancang membunuh suaminya, Sudhakar Reddy, 32. Rancangan jahat itu dilakukan dengan kekasihnya, Rajesh selepas Sudhakar mengetahui bahawa isterinya itu telah berselingkuh dengan lelaki lain.

 

Lebih kejam lagi apabila mereka telah memukul Sudhakar dengan benda keras, membawa mayat ke hutan dan membakar mayatnya.

 

Dua hari selepas itu, Swathi telah mencurahkan asid ke muka dan badan Rajesh, dengan kebenaran lelaki itu, untuk membolehkan Rajesh menyamar sebagai suaminya.

 

Swathi menyangka apabila badan dan muka Rajesh cedera maka tiada siapa yang akan mengenalinya. Dia menipu polis bahawa `suami’ palsunya itu telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang telah memukul anaknya.

 

Namun kelakuan Rajesh telah mencetuskan curiga di kalangan keluarfa Sudhakar. Ia selepas mereka membawa sup kambing ke hospital ketika melawat lelaki itu.

 

Sudhakar memang menggemari sup kambing tetapi mereka terkejut kerana lelaki yang menyamar sebagai Sudhakar memberitahu dia vegetarian.

 

Polis kemudiannya mengambil cap jari lelaki itu dan barulah mereka tahu bahawa dia telah menyamar sebagai Sudhakar.

 

Swathi dan kekasihnya itu akhirnya ditangkap dan mereka mengaku membunuh Sudhakar.

 

Jika dilihat, kes tersebut sama seperti filem Face Off lakonan Nicolas Cage dan John Travolta yang bertukar muka.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*