Hazard, Willian Tak Mengaku ‘Man of the Match’

Share This:

EDEN Hazard dipilih sebagai Pemain Terbaik pada aksi kemenangan 3-1 ke atas Huddersfield awal pagi Rabu.

Tiga gol jaringan Pedro, Willian dan Tiemoue Bakayoko menyaksikan skuad bimbingan Antonio Conte itu menguasai kedudukan ketiga liga.

Biarpun tanpa sebarang gol, Hazard dipilih sebagai ‘Man of The Match’.

Pun begitu Hazard yakin trofi pemain terbaik perlawanan itu sebenarnya patut diberikan kepada Willian yang menyumbat satu gol dan menjadi pembantu dalam dua jaringan lain.

“Tidak, tidak. Ini untuk kamu, kawanku. Kamu layak mendapatnya,” jelas Hazard ketika ditemuramah oleh BT Sports.

Bagaimana pun Willian berkata: “Ia untuk anda’.

“Tidak. Ia untuk kamu!” ujar Hazard lagi sambil menyerahkan trofi itu kepada Willian dan kedua-duanya tersenyum.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*