Gol Nasib Lukaku Selamatkan Manchester United

Share This:

PERMAINAN bermula agak perlahan tetapi selepas 15 minit, Bournemouth mendominasi sekali gus membuatkan David de Gea dua kali bijak mengawal gawang daripada dibolosi lawan.

Selepas itu, rakan pasukan Manchester United, Anthony Martial dan Juan Mata bergabung beraksi di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Martial sepatutnya memberikan gol pembukaan tetapi terlepas.

Romelu Lukaku kemudiannya menjaringkan gol yang jarang-jarang dilakukannya pada minit ke-25.

Prestasi permainan Manchester United bertambah baik pada permulaan babak kedua.

Gol tunggal daripada Lukaku kekal sehingga ke akhir perlawanan menyaksikan Manchester United menewaskan Bournemouth dengan 1-0.

Manchester United ketinggalan 11 mata berada tangga kedua, di belakang Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*