Dunia Sedang Gusar Tentang Baitulmaqdis, Pembangkang Sibuk Mahu Lepaskan Anwar

Share This:

Sejak pengumuman penuh kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyatakan Baitulmaqdis akan menjadi Ibu Negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar ketiga paling suci umat islam ini, seluruh dunia cukup gusar akan impak hasil daripada idea gila Trump ini. Sehinggakan OIC terpaksa mengadakan sidang tergempar di Istanbul bagi membicarakan tentang ancaman yang dibuat oleh Trump.

Sebaik sahaja pengumuman “terhebat” Trump untuk alaf ini, tentera Zionis bertindak mengepung Baitulmaqdis seolah-olah mereka mendapat lampu hijau dari negara kuasa besar berkenaan. tidak kurang juga operasi ketenteraan Zionis yang bertindak mengebom penduduk Palestin yang majoritinya hanya menggunakan batu, kayu dan pisau sebagai senjata.

Itu cerita di Palestin, di Malaysia pula tidak kurang hebatnya. Jika dunia sedang mencari jalan bagaimana mahu membebaskan Baitulmaqdis dan Palestin secara amnya, di Malaysia pula, pembangkang yang diketuai oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang sibuk mencari jalan untuk membebaskan pesalah liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Macam-macam usaha mereka lakukan sepanjang 3 tahun terakhir ini termasuk menghantar petisyen, mengadakan demo dan meminta peguam dari Amerika yang mereka bayar untuk mendesak kerajaan membebaskan Anwar. Malah, pelbagai helah digunakan mereka bagi menghalalkan tindakan mereka yang sama sekali jelas bertentangan dengan undang-undang.

Tidakkah mereka sedar bahawa Anwar hanya mempunyai baki kira-kira beberapa bulan sahaja lagi untuk dibebaskan? Bukankah lebih baik sekiranya Anwar dibiarkan menjalani hukumannya atas kesalahan liwat yang telah disabitkan oleh mahkamah keatas dirinya? Hebat sangatkah Anwar sehingga kesemua pemimpin pembangkang mencari segala jenis helah dan jalan untuk membebaskannya?

Malah lebih hebat lagi, mereka sanggup mengeluarkan belanja yang cukup tinggi untuk mengheret peguam yang entah mana datangnya untuk mencampuri undang-undang negara. Adakah ini amalan demokrasi yang mereka amalkan?

Disaat genting ini terutamanya disaat nasib umat Islam Palestin teruk dihimpit oleh kekejaman rejim Zionis, mereka sepatutnya bersatu hati membantu kerajaan dalam merangka pelan jangka panjang bagi menyelamatkan Baitulmaqdis. Nampaknya, Anwar jauh lebih suci dan mulia berbanding menyelamatkan Bandar Ketiga Paling Suci Umat Islam ini.

Anwar sudah didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman di atas nafsunya sendiri. Nampaknya, mereka begitu beriya-ia mahu melepaskan Anwar dan dari sini kita dapat melihat bahawa di kalangan pemimpin pembangkang itu sendiri tidak yakin akan kemampuan diri mereka dalam mengahadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*