Dek Tamakkan Kuasa, Kelantangan Mahathir Kutuk Israel Sudah Hilang

Share This:

Dek kerakusan hendak ada kuasa, Dr Mahathir Mohamad semakin susut dan semakin hilang nilai-nilai negarawan yang dulu kononnya pernah ada dalam diri beliau ketika jadi Perdana Menteri. Beliau dikenali sebagai seorang yang lantang dan berani untuk kritik Israel dan Barat tapi sekarang Mahathir sudah macam kura-kura.

Malaysia yang kini dianggap penting peranannya di peringkat dunia dalam isu antarabangsa kini dipandang sebelah mata sahaja oleh Mahathir yang sudah berpaling tadah dari UMNO kepada parti pembangkang kini.

Beliau dengan tidak beretika mengkritik dan mengejek pemergian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istanbul, Turki menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui laman Facebook Kelab Che Det. Mempermainkan misi Najib ke OIC membawa tanggungjawab besar, Mahathir tolak tepi tapi utamakan sengketa politik.

Lebih meloyakan, Mahathir tidak ada modal hendak perlekeh kehadiran Najib itu kerana ia satu kehadiran yang diiktiraf oleh Presiden Turki sendir Recep Tayyip Erdogan.

Beliau guna sesi bergambar para pemimpin negara OIC untuk mengejek Najib dengan mendakwa Najib tidak penting kerana berdiri di barisan kedua.

Di barisan hadapan adalah terdiri daripada raja-raja dari negara yang diperintah secara monarki. Kadangkala susun atur protokol bergambar ada yang mengikut abjad. Pada Mahathir, diletakkan di barisan kedua, Najib tidak penting. Pasti ada netizen akan cakap Mahathir dan penyokongnya sekarang ini sudah jadi bodoh.

Orang Islam Malaysia hendak melihat Mahathir sama-sama tolak tepi perbezaan politik dan sama-sama menyokong hal ini khususnya apa yang diperkatakan oleh Najib ketika berucap dalam sidang kemuncak itu. Dalam isu Israel-Palestin, Mahathir bukan asing kerana dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dia dulu dikenali sebagai seorang Perdana Menteri yang berani kutuk Israel ketika menyampaikan ucapan.

Sebagai seorang yang sudah lama berpolitik, tidak boleh dibayangkan oleh fikiran bahawa Dr Mahathir sampai tahap sanggup mengejek seperti budak-budak kerana mahu memburukkan Najib di mata dunia. Dunia sudah pasti memerhatikan perilaku seorang bekas Perdana Menteri yang bertindak tidak bermoral seperti ini.

Permainan politik Dr Mahathir sepatutnya lebih matang dan menolak ke tepi perbezaan dan bersama-sama Najib membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa itu untuk membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) yang bertindak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*