DAP Guna Orang Melayu Untuk Jajah Melayu

Share This:

Serangan keterlaluan DAP terhadap UMNO menerusi pembohongan, ugutan dan fakta palsu dalam kenyataan yang dikeluarkan didalam perhimpunan agung baru-baru ini menunjukkan parti itu terdesak dan jelas menunjukkan gejala-gejala bakal tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Lebih membimbangkan, individu yang turut mengeluarkan kata-kata nista itu merupakan penasihat DAP serta beberapa pemimpin DAP sendiri dengan ungkapan berbaur ‘ugutan’ dan kebencian sehingga ada yang melaporkan kepada pihak polis.

Masa hadapan Malaysia akan dirompak oleh perasuah, kroni dan mereka yang menyokong amalan kleptokrasi dan penyelewengan wang rakyat. Pengadaian tanah  rakyat di Pulau Pinang juga  akan berlaku secara tidak terkawal sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenanginya tanpa maruah berdasarkan penipuan, rasuah, ketakutan, kebencian dan ugutan serta perkauman.

Sejarah tidak dapat mengubah dasar perkauman yang menjadi amalan DAP  serta diskriminasi kaum dilakukan oleh Guan Eng serta kepimpinan yang lain. Dasar perkauman dapat dilihat apabila kita melihat pemecatan dilakukan ke atas sekutu mereka sendiri dari PKR dan diisi  jawatan tersebut dari DAP sendiri.

Kepimpinan  DAP yang terdesak  akan terus melakukan hasutan dan  menghasut kebencian berdasarkan agama dan bangsa dengan bermodalkan panggilan bermacam gaya bahasa demi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ini merupakan bukan kali pertama DAP  menyerang UMNO dengan menggunakan berbagai perkataan seperti kucing kurap, Melayu pemalas,  iaitu politik perkauman yang dahsyat yang secara tidak langsung menyerang komuniti penjawat awam yang dikatakan  hanya merugikan kerajaan.

Jika pembangkang menang maka ‘hak istimewa orang Melayu, sebagai orang asal tanah ini, daripada bangsa yang mulia dan bebas, akan dipijak. Maruah dan kedudukan mereka akan tergadai. Paling teruk, mereka akan merempat, disumpah dan dihina, sehingga mereka terbangsat di tanah sendiri.

Hal ini dapat dibuktikan bagaimana banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh  pemimpin DAP seperti Tony Phua yang mana akan memberhentikan penjawat awam berbangsa Melayu dan diantara yang lain DAP akan mengamalkan hak sama rata atau kesamarataan yang mana tiada bangsa ada hak hak keistimewaan.

Sekarang ini pula sudah ramai yang berani menonjolkan pegangan masing-masing dimana ada diantaranya telah murtad dan ada juga yang sudah tidak mempercayai agama lagi dan juga kewujudan Allah.

Mengeluarkan kenyataan amat mudah namun tidak mudah bagi  DAP untuk melaksanakannya.  Begitu juga  kenyataan DAP yang menyatakan bahawa  Melayu Bumiputera kekal didalam Perlembagan Negara. Betul  kenyataan ini , sememangnya  nama Melayu Bumiputera terus kekal didalam perlembagaan negara.

Tetapi pada masa yang sama mahu atau tidak DAP mengiktiraf apa yang dinamakan Hak hak orang Melayu bumiputera dengan keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu, termasuk Raja  Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan kepentingan  jawatan yang di peruntukkan kepada orang Melayu disektor awam.

Sudah pastinya  perkara ini satu  tindakan yang amat berat untuk dilaksanakan. Bagaimana DAP boleh dan akan menerima  semua itu sedangkan pada masa yang sama perlanggaran Rukun Negara dilakukan secara terangan atas nama hak asasi.

Sudah pastinya kenyataan DAP berkaitan dengan Melayu kekal didalam Perlembagaan Negara itu hanya retorik politik dan bertujuan untuk memancing  sokongan dari kaum Melayu yang cetek ilmu politiknya. Ini sebenarnya agenda DAP.

Tidak ada dalam sejarah Negara DAP mahu mengiktiraf satu bangsa yang bernama Melayu serta hak hak Melayu yang termaktub didalam perlembagaan Negara.

Dimanakah yang dinamakan  pengiktirafan yang dilakukan oleh DAP terhadap  Bumiputra Melayu dalam tindakan fizikalnya.

Sudah pastinya ianya hanya retorik politik yang mana hanya bertujuan untuk memancing sokongan orang Melayu sendiri untuk menumbangkan bangsa Melayu. Hal ini tidak berhenti disini sahaja. DAP terus menggunakan orang Melayu untuk menghina  agama Islam sendiri.

Penghinaan secara terbuka menerusi media sosial terhadap institusi Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam  membuktikan pencabulan tidak beretika itu sudah berada ditahap melampau batas kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Malaysia sebuah Negara yang berdaulat dengan kedudukan Raja Melayu sebagai  Ketua Negara, Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara dan seharusnya ianya dilindungi dari apa juga cara dan corak penghinaan dari pihak yang  berhaluan kiri.

Malaysia bukan negara republik , Malaysia adalah sebuah Negara  yang masih menjunjung amalan demokrasi serta raja berlembagaan dan jika ada segelintir rakyatnya yang sengaja ‘memusuhi’ institusi berkenaan maka sepatutnya mereka meninggalkan negara ini.

Bagi DAP matlamat Malaysian Malaysia serta terus beranggapan  bahawa Malaysia sebuah Negara yang sekular adalah salah bentuk satu penentangan terhadap pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Penentangan iini dilakukan dengan penuh terancang dan  senjata utama mereka untuk mencapai matlamat  tersebut ialah dengan menggunakan orang melayu sendiri atasa nama kebebasan demokrasi. Ini lah cara DAP yang terus meracuni pemikiran rakyat demi matlamat PAP yang sekian lama mengidamkan Malaysia sebagai jajahan mereka.

Walau bagaimana pun,  orang Melayu harus sedar DAP bukan sebuah parti yang boleh menjanjikan perpaduan dan keharmonian dalam Negara ini. DAP adalah sebuah parti yang hanya mementingkan DAP dan  keturunan mereka sahaja.

Akibat percaturan rakus parti-parti politik pembangkang yang hanya mementingkan kuasa menjadikan mereka terlalu ghairah menanam pelbagai persepsi negatif kepada rakyat supaya menafikan  kerajaan sedia ada.

Bukan itu sahaja, DAP dan juga pembangkang yang lain nya terus melakukan  hasutan dan budaya kebencian secara halus untuk  generasi muda yang mudah  diperangkap dengan sogokkan budaya baru acuan barat sehingga tercetusnya gerakan amalan seks songsang dan penghinaan serta pengaiban ketara terhadap kesucian syariat Islam.

Hari ini, pencabulan terhadap kesucian agama Islam dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu yang dilihat sebagai usaha terancang membangkitkan keresahan dan kecurigaan antara penganut agama yang pelbagai di negara ini

Dimasa ini DAP akan terus menghasut agar rakyat menegakkan apa yang dipercayai dan sekali gus akan melibatkan proses yang dinamakan atas kehendak  rakyat dan penentangan terhadap kerajaan.

Tindakan DAP dan sekutunya pada kali ini termasuk pemimpin Melayu pembangkang tidak ubah seperti  yang dilakukan oleh penjajah Inggeris terhadap orang Melayu dalam  usaha menggunakan orang Melayu untuk menjajah Melayu.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*