Anak Main Tepi Pokok Krismas Jadi Isu, Aeril Zafrel Dikutuk

Share This:

Akibat memuat naik video dan beberapa gambar anak perempuannya bermain dan menyanyi di tepi pokok Krismas dalam akaun Instagramnya, pelakon kacak Aeril Zafrel dikecam oleh netizen.

Pelbagai kritikan dan tohmahan telah dilemparkan kepada pelakon itu, sampai ada yang mengatakan beliau terikut-ikut dengan amalan kaum Nasrani yang merayakan Hari Natal.


Boleh lihat video tersebut dibawah:

Dia nyanyi apa ni?? Satu apa aku tak paham 😅😅😅

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on



Tersentak dengan reaksi yang keterlaluan dari netizen, Aeril bertindak memohon maaf dan menjelaskan situasi yang sebenar.


Menurutnya, pokok Krismas itu bukan miliknya tetapi diletakkan dalam sebuah hotel yang menjadi tempat pengipannya bersama keluarga.



Ini anata komen-komen pedas netizen yang membanjiri ruangan komen Instagram Aeril.




Kasihan pula anak kecil begitu sudah dikecam. Apa pun lumrah menjadi selebriti memang selalu ada sahaja yang tidak kena di mata orang ramai.


Pendapat anda pula bagaimana, besar sangat ke kesalahan yang dilakukan Aeril ni?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*