Sultan Puji Khalid Ibrahim, Tidak Puji Azmin

Share This:

SIKAP pembangkang yang diketuai DAP cenderung “menentang” Raja-Raja Melayu bukan lagi rahsia. Banyak kenyataan mereka yang menguris hati istana malah mencabar kewibawaan Raja-Raja Melayu sedangkan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Negeri Selangor kini diperintah oleh Pakatan Harapan yang dipimpin DAP. Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dilihat berkiblatkan DAP. Baru-baru ini anak saudara Azmin Ali telah ditahan reman oleh pihak SPRM atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Malah adik Azmin Ali dikatakan turut mengakui beliau mempunyai banyak salahlaku yang belum didedahkan. Nampaknya nama baik Azmin berada dalam keadaan terancam.

Kini Azmin Ali dilanda satu lagi keresahan apabila Sultan Selangor dikatakan memuji bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mungkinkah ini boleh dianggap isyarat jelas pihak istana kurang senang dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.

Kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu seolah-olah membongkar pendirian pihak istana tidak suka cara berpolitik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, termasuk cara Khalid disingkirkan daripada jawatan menteri besar pada 2014.

Menurut sumber, Sultan Selangor dilaporkan memuji kesetiaan Khalid dan terkejut dengan penyingkirannya 3 tahun lalu. Sultan Sharafuddin turut menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam politik Selangor.

“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.

“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya kepada The Star sempena Hari Keputeraan ke-72.

Rakyat mempersoalkan kedudukan Azmin di mata baginda Sultan Selangor memandangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pula memuji beliau.

Ketika “Top Dog” Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menghina keturunan Bugis, Azmin mendiamkan diri tanpa bertindak mempertahankan Sultan Selangor. Beliau seolah-olah dikunci mulut atau lebih tepat boneka yang tidak mempunyai suara.

Tindakan Azmin tersebut umpama “sembah derhaka” yang pernah dibuat oleh Nizar Jamaluddin suatu ketika dahulu. Jika Sultan anda pun anda tidak mampu pertahankan maka sudah sememangnya layak anda tidak mendapat tempat dihati baginda.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*