Selepas Selangor, Mahathir Bakal Pulangkan Darjah Kebesaran Johor Pula?

Share This:

Masih ramai yang menzahirkan perasaan terkilan dengan sikap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak memulangkan 2 darjah kebesaran negeri Selangor pada 7 Disember lalu. Ramai yang mempersoalkan kewajaran Mahathir melakukan perkara sedemikian walhal, Mahathir boleh sahaja memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya yang menuduh etnik Bugis sebagai penyamun.

Semua ini bermula apabila Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj murka dengan sikap Mahathir yang tidak pernah habis mahu mengucar kacirkan keamanan negara. Malah, Baginda juga turut bertitah, Mahathir berada dalam keadaan yang amat marah dan kemarahannya ini boleh menyebabkan negara hancur terbakar akibat kemarahannya.

Sebelum ini, dalam beberapa siri titah Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Baginda turut menyelar sikap Mahathir yang seolah-olah tidak pernah puas dengan kuasa politik sehingga sanggup mengucar kacirkan rakyat Malaysia demi kemaruk kuasa. Malah, Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita di atas kenyataan Mahathir berhubung dengan isu etnik Bugis.

Melihat kepada keadaan ini, setelah Mahathir bertindak memulangkan darjah kebesaran negeri Selangor baru-baru ini, adakah Mahathir juga turut akan memulangkan darjah kebesaran negeri Johor yang diterimanya dahulu berikutan siri kenyataan dan sindiran pedas yang dikeluarkan oleh Paduka Baginda Sultan Johor?

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, ketika diajukan tentang kemungkinan Mahathir bakal memulangkan pingat darjah kebesaran negeri Johor yang diterimanya, Mahathir tidak menjawab secara terus. Sebaliknya, dia hanya tersenyum dan tidak mengulas apa-apa mengenainya.

Jika di lihat kepada sikap-sikap Mahathir sebelum ini, kemungkinan untuk dia berbuat demikian cukup ada. Ini kerana, keyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir berhubung isu Bugis berkenaan bukan sahaja melukai setiap seorang anak Bugis di Malaysia mahupun di Indonesia, malah, dua orang Sultan Melayu iaitu Sultan Johor dan Sultan Selangor turut menzahirkan kemurkaan.

Sudah tentu, Mahathir akan menggunakan alasan yang sama sewaktu memulangkan dua darjah kebesaran milik kerajaan Negeri Selangor iaitu, dia merasakan tidak layak untuk terus memegang pingat milik kerajaan Selangor. Malah, Mahathir juga mungkin akan turut memulangkan darjah kebesaran negeri Johor berikutan acap kali disindir dan diselar oleh Paduka Sultan Johor.

Untuk rekod, Mahathir telah menerima sekurang-kurangnya 3 pingat darjah kebesaran daripada Istana Johor iaitu, S.P.M.J. (Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor). P.I.S. (Pingat Pertama Ibrahim Sultan) dan D.K. Darjah Kerabat Yang Amat Mulia (Kelas Pertama). Adakah Mahathir akan sekali lagi menyerlahkan kegilaanya dengan memulangkan semua darjah kebesaran yang diterimanya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*