Saya Rasa Sedih Dan Terguris – Luah Sajat Selepas Dimarahi Aliff

Share This:

 

Pengusaha kosmetik terkenal yang dikenali sebagai Nur Sajat baru-baru ini tular di media sosial apabila video tersebut menyaksikan pengasas terkenal itu dimarahi oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang juga usahawan terkenal.

 

Susulan perkara itu, Sajat dilihat telah menunjukkan rasa sedih dan terguris berhubung isu tersebut menerusi beberapa video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya sepanjang hari ini.

 

“Saya ada perasaan. Selama ni walaupun saya dikecam tapi tidak secara berdepan kurang sikit rasa sedih. Kali ini entah kenapa hati saya rasa sedih dan terguris…

 

“Saya dah cuba bagi yang terbaik, bila kita dah bagi all out ada sahaja insan-insan yang tak berpuas hati. Takpelah apapun saya dah bagi 100% komitmen.

 

“Harap pihak di sana menghargai komitmen saya…. Takpelah kalau ada orang yang lebih baik saya tak kecil hati. Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” tulisnya menerusi perkongsian itu.

 

Episod ‘sedih’ itu tidak hanya habis di situ sahaja, bahkan turut bersambung dalam posting yang seterusnya.

 

“Takpelah kalau ada orang yang lebih baik saya tak kecil hati. Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” ujarnya menerusi satu posting yang berlainan.

 

Kedua-dua posting itu menerima lebih daripada 200,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 

Rata-rata antara mereka namun berasa terhibur dengan gelagat Sajat sekali gus meninggalkan pelbagai komen yang mencuit hati.

 

 

takpelah kalau ada org yg lebih baik saya x kecil hati….saya x bolh puaskan hati semua org….

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*