Nak Tembak Babi Hutan, Tertembak Orang Pula

Share This:

Tembakan dilepaskan seorang pemburu babi hutan, kelmarin tersasar sehingga mencederakan lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun.


Berikutan itu, polis meminta pihak terbabit tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjatapi 1960.


Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Parit Pulai, Parit Sulong Batu Pahat Johor kira-kira jam 7.45, malam kelmarin.


Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, ketika kejadian Riduan sedang mencari kucingnya yang hilang di belakang rumah dekat kebun kelapa sawit sebelum terdengar letupan seperti mercun disusuli rasa sakit di lengan kiri.



Foto: Harian Metro

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kira-kira 7.30 malam hari kejadian seorang daripada jiran mangsa melihat lelaki dianggarkan berusia awal 20 an dan awal 40 an ke bahagian kawasan belakang rumah tempat tinggal mangsa menaiki Proton Exora berwarna perak bertujuan menembak babi hutan.

“Bapa saudara mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan mangsa sudah menjalani pembedahan kecil mengeluarkan sebutir peluru peluru kira-kira 4 petang tadi.

“Polis memberi amaran kepada mana-mana pemilik lesen senjata api supaya tidak cuai melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian kepada orang ramai atau lesen mereka ditarik serta merta tanpa kompromi,”

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*