Merecik!Bukan Main Galak Hajah Neelofa Gelek Di Malam Gala

Share This:

Selepas namanya diosebut-sebut kerana menjadi sebahagaian dari keluar besar Air Asia, Neelofa menggamatkan lagi suasana bila video dirinya menari tersebar.

Merecik! Goyangan badannya bergelek itu menerima berpuluh ribu tontonan dan komen dari netizen.

Pelakon yang juga bergelar usahawan berusia 28 tahun itu dilihat dibawa masuk menggunakan tandu oleh beberapa orang lelaki. Ala-ala puteri Arab gayanya.

Neelofa yang memakai busana berwarana merah jambu mempersembahkan gerak tarian yang lincah sambil diiringi dengan penari-penari latar di belakangnya.

Tak sangka sungguh aktres jelita ini ternyata mempunyai bakat menari yang terpendam.

Memang tak berkelip mata memandang! Di sebalik karakternya yang selalu dilihat serius dan tegas, namun bila sekali tayang bakat, memang kagum!

Foto: IG Neelofa

Tapi ada juga yang mengecam. Biasalah, netizen kata tindakan tersebut tidak bersesuaian memandangkan Neelofa adalah seorang wanita berhijab dan sudah bergelar Hajah.

Difahamkan, persembahan tersebut bersempena malam gala jenama tudungnya, Naelofar Hijab yang diadakan di Hotel JW Marriot baru-baru ini.

Foto: IG Neelofa

Ia turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Neelofa, keluarga, teman rapat dan para stokis.

Buat Neelofa, semoga makin berjaya di masa akan datang
. Selain menari, agaknya apa lagi bakat terpendamnya ya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*