Mahathir Sasar Jadi PM Tertua Di Dunia

Share This:

 

 

Baru-baru ini, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau boleh dicalonkan menjadi perdana menteri kerajaan sementara jika rakyat terdesak.

 

Sudah jelas kenyataan beliau yang seolah-olah ego itu mensasarkan yang berkemungkinanan beliau akan menjadi Perdana Menteri Tertua Di Dunia ini sekiranya pakatan aneh itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

 

“Jika rakyat benar-benar terdesak dan tidak ada lagi orang lain (untuk jawatan itu), barangkali orang tua berusia 92 tahun ini boleh menjadi calon,” kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

 

Jika ini menjadi realiti, Mahathir bakal dinobatkan sebagai pemimpin kerajaan paling tua di dunia, sekali gus beliau mungkin layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records selain Guinness World Records mengatasi Mugabe.

 

Sekadar perbandingan Mugabe berusia 93 tahun sebelum digulingkan tentera negara Afrika itu, manakala Mahathir akan genap 93 tahun pada 10 Julai depan. Ini juga mengatasi Ratu Elizabeth II di Britain yang baru umur 91 tahun

 

Adakah beliau layak menjadi perdana menteri untuk kali ke -2 ? Malah Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi sebelum ini juga berpendapat, dalam Pakatan Harapan ramai yang ‘tidak waras’ dan dalam masa sama, banyak nama pemimpin dicalonkan bagi jawatan itu.

 

“Ada calonkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga mentor saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya rasa itu tidak betul, sepatutnya ada orang lain yang lebih layak jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media pada Jun tahun ini.

 

Pada minggu lepas, Mahathir dan isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu. Perkara tersebut disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

Apakah agenda Tun M untuk menjadi semula perdana menteri?Adakah beliau cuba memberi laluan kepada parti DAP  yang bakal jadi ‘suara’ penentu dasar negara sekiranya beliau menjadi perdana menteri kelak? atau beliau mempunyai agenda peribadi?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*