Kau Ingat Perempuan!! Aku Akan Hancurkan Keluarga Kau!! – Jerit Satu Suara Menakutkan

 

Sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang netizen yang merupakan satu titik permulaan gangguan paling teruk dalam hidupnya dan dendam si Durjana.

 

Aku ni kerja doktor dan tak kahwin lagi. Aku ada 2 orang abang dan yang sulung dah meninggal. Dia dgn wife dia ada dua orang anak sorang abang sorang adik perempuan. Disebabkan abang aku yang kedua kerja polis dan wife dia asyik outstation. Akulah yang jaga budak dua orang, aku tak kisah pun. Si abang dgn si adik ni ada mata special gitu. Sama jugak dengan aku. Jadi aku hantarlah si abang ni belajar merawat, dia nipun jenis kuat semangat. Payah nak tengok dia jadi kurang ajar. Si adik pulak kadang2 melawan la jugak makhluk yg datang pergi halau-halau macam tu.

 

Kisah ni berlaku sebelum aku jumpa jodoh aku. Suami aku la sekarang ni. Aku tinggal dekat rumah sewa dgn Sheila, Adam (Abang) dan Arisa (adik). Masa tu aku dapat cuti dalam tiga hari. Minggu sebelum dapat cuti tu, kawan aku call.

 

“Sha, kau ada kat rumah tak? Busy ker?”

 

“Tak adalah busy mana. Asal?”

 

“Kawan laki aku ni. Aku rasa lain macamlah dengan dia. Nak minta tolong kau dengan Adam mana tau ada tanda2. Boleh laki aku ni bawak pegi berubat terus”.

 

“Datanglah rumah aku minggu depan. Hari Selasa. Suruh laki kau dengan kawan dia lagi sorang dua ikut. Takut jadi lain nanti”.

 

“Ok. Thanks. Assalamualaikum”.

 

Hari Kejadian….

 

Tengah aku memasak, potong bawang. Ada orang bagi salam depan rumah. Dah sampai la tu. Aku jenguk, betullah Sofia dengan laki dia. Aku buka grill sambil jenguk jenguk la sikit dekat kawan dia tu. Tak pasti lagi yang mana tapi sorang lelaki pakai kemeja berkolar tu macam nak bunuh orang dah gayanya pandang muka aku. Still relaks la masa tu. Lepas salam, jemput masuk rumah semua. Sofia kenalkan sorang sorang. Ada lima orang semua. Faris, Raihan, Muhammad, Sofia dgn laki dia, Hanif (bukan nama sebenar). Yang sakit tu nama dia Faris. Mata dia asyik jeling kat aku je. Besar kecik besar kecik je aku pandang mamat tu masa ni. Aku katalah “Duduk kejap. Saya nak buat air. Boraklah dulu. Sofia tolong aku boleh?”. Kitorang pun pegilah kat dapur.

 

“Dah tahukan yang mana?”.

 

“Faris, kan?”.

 

Sofia angguk lepastu kitorang diam. Dia buat air, aku still masak lagi. Sekarang dah nak pukul satu, kejap lagi Adam dgn Arisa balik dari surau. Kelas dengan ustaz tulah…

 

Dah habis masak aku hidang atas meja, tutup dengan tudung saji. Habis tu, aku pegi balik dekat ruang tamu tengok diorang senang hati je gelak. Tapi aku perhati jugak di sebalik dinding, si Faris duduk kat kerusi penjuru. Ada Alquran dengan buku hadis aku letak tepi tu. Macam cacing kepanasan jer.

 

“Sorrylah lama. Masak kejap, lunch kat sini yer?”.

 

“Orang masak boleh jer”. Cisss Pantang kau Hanif kalau orang offer masak!

 

“Semua kat sini sihat ke?”, aku duduk silang kaki menghadap si Faris. Samar samar aku nampak lembaga hitam kuku panjang mencangkung sebelah dia.Dah nampak aku la tu. Soalan aku semua sahut kecuali Faris.

 

“Encik Faris sihat?”. Aku senyum pandang dia.

 

“Aku panaslah. Rumah kau ni macam neraka. Tak reti nak kuatkan kipas?”.

 

Beb! dia punya kurang ajar tu beb! Tangan aku pulak yang rasa panas. Mahu kasi penampo laju2. Selamat la kau sakit Faris…

 

“Minta maaflah, rumah saya memang macam ni”, aku jawab selamba, pandang jugak muka mamat lain dgn Sofia. Dah macam baru telan jeruk, masam muka. Diorang pun borak lah balik sebab si Raihan ni buka topik lain. Faris tenung je aku. Nak main tenung kita pulak, aku apa lagi tenunglah balik. Sampai lah lebih kurang pukul 12.30, dengar suara Adam bagi salam. Lepas dia masuk, Arisa pun berlari peluk aku. Btw, diorang panggil aku Mama.

 

“Mama, nenek tua tu datang balik!”, ok yang ni cerita lain ye teman2.

 

“Tak payah takut dgn nenek tua tu. Dahlah tua, Arisa kan dah besar ada abang ada mama. Tak payah takut”.

 

“Tak payahlah cakap macam tu mama. Budak kecik ni bukan main dia perli nenek tu. Nyanyi lagu nenek bongkok tiga versi dia. Nenek tu datang. Dia jelir pastu lari”, Adam jawab. Si adik dah gelak mengekek.

 

“Dah, Arisa naik atas mandi. Pastu kita makan ya sayang?”.

 

“Ok mama”. Arisa dah lari naik atas dulu sampai masuk bilik dia. Aku pandang Adam, muka doa berkerut seribu pandang si Faris.

 

“Tak payah. Mama tahu. Naik atas mandi kejap lagi kita call Abang Fahmi,ok?”, Adam pandang aku pastu angguk. Dia blah naik atas macam tu jer. Aku biar diorang borak lagi pastu pergi dapur nak call abang Fahmi. Si Fahmi ni kuat semangat, selalu teman budak budak pegi taman kalau ada gangguan, dialah orang first tercongok depan pintu nak tolong. Aku dial nombor dia and then mintak dia datang.

 

“Fahmi, datang sini boleh? Saya risau ni “.

 

“Laaa, kenapa? Ada benda kacau ke?”.

 

“Sofia bawak kawan dia. Awak datang sini jelah. Bawaklah Ustaz Syah kalau boleh. Risau”.

 

“Hmm, ok. Nasib baik saya cuti”.

 

Aku end call nak pandang belakang. Tup tup Faris betul2 berdiri belakang aku, tersenyum. Dipandangnya aku. Memang terkejutlah. Gila ke? Pandang belakang terus ada orang. Selamat tak jatuh handphone aku.

 

“Kau takut ke?”, Faris kata. Suara dia perlahan tapi garau yang teramat. “Aku tak takut makhluk macam kau”. Dia tersengih pastu ambil langkah kedepan rapat dengan aku.Aku ambil langkah kebelakang sampai kepala aku terhentak sikit dekat fridge.

 

“Perempuan bodoh”.

 

“Pakcik”,suara Adam kuat tegur dari arah tangga. Rumah aku dua tingkat. Kalau korang masuk pintu depan, belah kiri tangga. Antara ruang tamu dengan dapur ada dinding. Lepastu baru meja makan.

“Jom kita makan ya sayang?”, aku blah panggil semua orang. Adam memang dah lain, asyik pandang je si Faris.Dah duduk tu aku panggil Arisa.

 

“Arisa, turun makan!”.

 

“Kejap,Ma! Nak susun buku!”.

 

Aku jalan nak pegi ambil nasi lepastu,”Biar saya tolong”. Aku tengok Raihan senyum hulur tangan. “Tak apalah. Awak tetamu. Buat susah je, biar saya yang buat”.

 

“Setakat cedok nasi. Tak susah manalah”, Raihan ambil pinggan dekat rak tepi aku lepastu cedok nasi yang aku tanak tadi. Aku pandang Sofia dengan Hanif. Tersenyum je malaun dua orang ni. Yang muhammad pun sengih je.

 

Aku pura2 dehem kejap, lepastu terus tolong Raihan agih nasi. Arisa pun turun duduk sebelah Sofia.

 

“Mama, apasal pakcik tu tak potong kuku? Panjang je Risa tengok. Pengotor!”.

 

Mak aihhhhhh. Berani bro si Arisa kau jangan main. Aku dah facepalm diri sendiri depan semua orang. Cakap pasal jembalang tadilah tu.

 

“Adik, mulut tu jangan celupar sangat. Dia bukan dari sini. Kalau nak ejek, nenek tua tu abang kasi sebab abang pun nak join kutuk dia depan2. Kalau yang lain, mulut janganlah cakap main lepas”, Si Adam marah Arisa. Boleh pulak dia mengaku nak kutuk nenek tu.

 

Dengan awkwardnya, aku pandang muka Sofia and duduk. Lepas baca doa, aku adalah sneak peek sikit dekat si Raihan ni.

 

Hensem jugak, baik, siap offer tolong aku lagi. Cara percakapan dia dengan kawan pun sopan. Yang baca doa pun dia. Tersenyum2 aku makan. Aku rasa macam diperhati tapi aku tahu si Faris yang pandang so aku buat derk jela…

 

“Mama…”

 

“Tadi Risa belajar buat pantun. Dapat 5 star dari cikgu”.

 

“Ye? Mama nak dengar sikit?”.

 

“Orang disihir gila bayang, takut kalau kasihnya pupus”, apahal macam lain je bunyi nye? ,” Tidak perlu dipandang- pandang, Kalau suka mintak jelah nombor telefon terus!”.

 

Tercekik tulang ikan beb lepas dia cakap macam tu! Adam, Hanif, Muhammad bukan main gelakkan aku. Tahulah tu aku curi tengok sapa. Kantoi sudahhhh….. Aku terbatuk batuk tercekik tulang ikan. Aku capai air minum, Raihan letak segempal nasi kat pinggan aku.

 

“Makan. Tapi jgn kunyah sampai lumat. Dua kali lepastu telan”. Senyum je dia tengok aku. Aku angguk buat apa yang dia suruh. Lega sikit… Minum air dua teguk aku sambung makan. Aku yakin muka aku merah macam tomato.

 

Selesai tu, Fahmi pun sampai. Dia bawak ustaz Syah sekali. Faris kata nak balik ada kerja tapi Muhammad tahan dia. Startlah dia meronta nak keluar dari rumah aku. Ustaz Syah tanya ada bilik kosong tak atau bilik solat ke. Aku jawab ada.

 

Ustaz Syah pun minta Sofia, Arisa dan Fahmi untuk duduk kat luar. Aku dengan Adam Ustaz Syah minta tolong baca apa yang patut.

 

Aku dan Adam dah berselawat belakang Ustaz baca ayat ruqyah kuat kuat. Ustaz gosok tangan dia tekap dekat muka Faris yang masih lagi meronta cakap rumah aku panas sama macam padang pasir ada matahari ada. Dia cakap aku bodohlah, manusia lakhanatlah. Baru nampak aku kut, baru jumpa. Dasar syaiton.

 

Ustaz ambil air yassin percik kat muka dia. Menjerit, habis ditendang Raihan dan Muhammad. Dengan laungan takbir, dia pengsan. Lepas dia bukak mata, terus dia bangun pandang satu satu muka kitorang. Bulu roma aku memang dah lama naik… Sampai kat muka aku dia gelak mengekek. Suara pulak macam “Grrr..grrrr…”. Dia duduk cangkung lari pegi penjuru bilik ni. Jangan risau pasal Alquran awal2 lagi aku dah letak kat luar, dalam bilik Adam, dan bilik aku.

 

“Encik encik semua duduk di tepi”, Ustaz cakap dekat Raihan dengan Muhammad.

 

“Kenapa kau ikut dia?”.

“Aku suka kat dia… Hahahaha dia hancurkan rumah aku… Hihihih biarlah aku ikut dia Hahhahah!”, ayat dia diselangi bunyi nangis, hilaian yang memang seram.

“Kau jangan ikut dia lagi. Aku hantar kau pegi tempat lain. Kau nak?”.

“Aku tak nak! Aku suka budak ni! Hahahahah senang aku hasut dia… Kau!! Perempuan bodoh!!!! Kau hancurkan kawan2 aku…. Hahaha Biarlah aku ambil sorang kawan kau!

 

Hahahahha !”, Dia tunjuk kat aku. Berkerut seribu bhai muka semua orang. Aku dah macam apakah?

 

“Pergi sebelum nasib mu sama dengan kawanmu yang lain”,gertak Ustaz Syah.

“Kalau kau nak lawan. Boleh. Tapi suruh pompuan tu lawan aku! Hahahah! Aku nak tengok dia kuat ke tak! Hihihihih”, Dia gelak besar. Mata aku bulat cuba ingat dia siapa. Kalau dia pernah ‘jumpa’ aku ni mesti kes aku yang dulu.

 

“Kau siapa? Berani kau kacau lagi kaum Adam lepas aku dan kawan aku bunuh kaum kau?”, aku beranikan diri untuk cakap.

“Oh kau ada mulut…Hihihihh aku ingat kau mampu harap kawan kau jer… hahhhahaa manusia lemah”, dia mengilai lagi. “Ustaz teruskan”.

 

“Hihihihi….”.

 

Ustaz pun suruh Raihan, Hanif dan Muhammad tarik dia datang sini sambil dia azan. “Allahuakbar… Allahuakbar..”. Time dia meggegulupur kat lantai, tutup telinga mengerang sakit.

 

“Berhentilah!!! Sakit!! Panaslah bodoh!!! Arghhhh!”.. Adam tanpa berlengah duduk hujung kaki pegang ibu jari kaki Faris.Asyik terlepas beberapa kali sebab kekuatan dia yang lebih kuat.

 

Keadaan runsing macam tu berterusan sampai habis Ustaz Syah azan. Pergerakan ustaz masa duduk dekat kepala Faris macam menolak sesuatu keluar daripada badan Faris, Adam pulak tukang sambut dan nak letak benda tu dalam satu botol kecil yang ustaz bawak tadi. Kali ketiga, ustaz buat yang sama si Faris ni menjerit… kuat yang teramat macam valak dalam cerita conjuring 2….

 

“Kau ingat perempuan!! Aku akan hancurkan keluarga kau!! hahahahha kau lemah!!! Aku akan datang balik pada kau sial!! Arghhh!!!”.

 

Jerit dia tu macam kat sebelah telinga aku menyebabkan telinga aku berdesing kuat sangat dan aku hanya mampu tutup telinga. Masa tu cecair merah pekat dah keluar dari hidung aku…Berdesing tu Allah saja yang tahu kuat mana. Pedihnya telinga. Pandangan aku jadi kabur sekejap dan aku tutup mata.

 

“Mama? Mama?”, sayup2 aku dengar suara Adam. Yang aku mampu buat untuk tahan kesan berdesing tu tutup mata dan tawakal je.

 

“Ya Allah! Aishah!”, Pandangan aku dah ok sikit berbanding tadi dan boleh nampak Sofia lari kat aku terus tekup hidung aku. Berdarah punya pasal. Aku kelip mata beberapa kali sebelum, someone raup muka aku dengan tangan yang basah. Sejuk je air tu. Desingan tu dah hilang dan mata aku pun clear balik. Tengok keadaan sekeliling, berselerak sejadah dan buku buku tokoh islam. Semua pandang aku dengan riak muka yang betul2 risau. Aku tekup hidup aku sendiri dan nafas aku jadi termengah mengah. Dalam ambik nafas, aku ucaplah terima kasih dekat Ustaz Syah,Fahmi dan yang lain2. Ustaz senyum jerr.

 

“Kuat jugak semangat kamu. Pernah kenal ke dengan makhluk tu?”.

 

“Kes saya yang dulu kut”.

 

“Bawalah dia ni berehat kejap. Kamu tak kisah ke kalau ustaz tunggu sekejap kat sini? sekadar tengok tengokkan”, aku senyum pastu geleng.

 

Sofia bawak aku pergi sinki untuk basuh hidung. Dia tinggalkan aku sorang2 dekat dapur mengenangkan nasib hidung yang berdarah… Yang lain semua tengah diceramah Ustaz la tu dekat depan.

 

“Dah okey ke?”.

 

Aku pandang kat pintu. Raihan. Aku senyum, dongak balik nak lap hidung.”Okey dah sikit. Awak? Terjelepok jatuh tadi.. Tak sakit ke?”. Dia sengih.

 

“Tak. Adalah sengal2 sikit. Lama lama okeylah. Saya nak tanya”. Dia still tercongok kat pintu tu.

 

“Tanya apa?”.

 

“Ariza dan Adam tu anak awak ke?”, aku gelak kecil, sambil pandang dia.

 

“Tak. Saya tak kahwin lagilah. Boyfriend pun takde. Diorang anak arwah abang saya. Saya jaga sementara tunggu si Adam habis SPM, sambung belajar. Sampai diorang besar kut. Ataupun ada orang nak jadikan diorang anak angkat”. Raihan angguk angguk kecil pastu senyum.

 

“Kalau macam tu takpelah, saya gi depan dulu la ek?”. Aku senyum aje… Aku picit2 tangan aku pandang bawah.

 

“Ya Allah! “.

 

Aku pandang pintu balik. Terkejut. Asal tiba tiba menjerit? Aku gelak kecil je tengok Raihan urut dada istighfar, Arisa, Adam dengan Sofia tercongok belakang dia.”Hai Uncle! Seronok jumpa uncle. Hensem, baik pulak tu! Kan mama?”, eh eh budak ni… dipusing pulak kat aku! Mata aku bulat je tgk Arisa. Muka selamba sengih2. Tak mampu cakap apalah kalau Adam dengan Raihan pun pandang aku je.

 

“Jom, kita pergi ruang tamu ya?”, Aku bangun masukkan kerusi bawah meja. Raihan, Adam dan Arisa dah jalan kat depan. Sofia peluk tangan aku.

 

“Sempat pulak borak ya?”, bisik Sofia.

 

“Dia tegur, boraklah”.

 

Tak beberapa lama lepastu baru aku tahu, Faris ni kerja kontraktor. Dia ada ‘botakkan’ satu kawasan hutan tu… kebetulan kawasan tu memang banyak makhluk dan pesakit aku yang dulu pun terkena masa tengok tengok kawasan tu jugak. Patutlah dia cakap aku hancurkan kawan2 dia…. FYI dulu memang aku tolong merubat orang sikit2… sekarang jaranglah sebab dah kerja.

 

Lepas setengah jam, Faris dah sedar. Diorang pun bersiap nak balik. Sekarang dah asar, tapi aku takut ada lagi yang menyewa rumah aku so aku minta Sofia ngan laki dia tidur sini. At least adalah teman. Tapi sepanjang malam tu aku tak boleh tidur… aku sedar ada mata merah perhati aku dari tingkap.

 

Well, itulah kisah aku yang tak berapa nak seram. Tapi tulah bila fikir, ingat balik,meremang jugalah bulu roma. Dan ini bukan penamat sebab makhluk ni rupanya ikut orang lain…. Kalau nak tahu sapa, bacalah kisah seterusnya nanti.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *