Jual Bayi Kembar Secara Online Pada RM15,000

Share This:

Gila! Malang sungguh nasib sepasang bayi kembar apabila mereka hendak dijual menerusi laman web jual beli terkemuka tanah air baru-baru ini, lapor BH Online.

 
 

Foto: BH Online/mudah.my
 
Susulan itu, polis menahan remaja perempuan bersama kekasihnya di dua lokasi berasingan bagi membantu siasatan.
 
“Suspek remaja perempuan berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di rumahnya di Setapak, manakala pasangannya yang berusia 18 tahun ditahan satu jam kemudian di rumahnya di Ampang.
 
“Suspek dipercayai mengiklankan dua bayi kembar milik mereka, berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu.
 
“Bagaimanapun, tiada individu menghubungi nombor telefon yang dimuat naik bersama iklan berkenaan, sebelum kita menahan kedua-dua suspek,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.
 
Terdahulu, masyarakat digemparkan dengan sebuah iklan penjualan sepasang bayi kembar pada harga RM15,000 yang kemudian tular di laman sosial serta aplikasi WhatsApp pada Jumaat.
 

Bagaimanapun, difahamkan iklan terbabit sudah dikeluarkan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*