Hati Senang… Harga Minyak Semua Gred Turun

Share This:

Rakyat Malaysia hari esok akan lega apabila harga runcit semua bahan api akan diturunkan antara empat hingga lima sen bermula tengah malam nanti hingga 20 Disember.

Petrol gred RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 dan 5 sen kepada RM2.25 dan RM2.52 seliter.

Harga untuk bahan api diesel pula turun 1 sen menjadi RM2.20 sen selitar, maklumat diperolehi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat dan lima sen kepada RM2.25 seliter dan RM2.52 seliter bermula tengah malam ini hingga 20 Dis.

Harga runcit diesel pula turun satu sen kepada RM2.20 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini dari 7 hingga 13 Dis, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.29 seliter, RON97 (RM2.57 seliter) dan diesel (RM2.21 seliter).

Nampaknya penyokong pembangkang sedang bertungkus-lumus malam ini untuk hasilkan cerita bohong untuk menafikan penurunan ini yang ditetapkan mengikut harga pasaran. Kalau dulu pada zaman Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, harga bahan api ini tidak pernah merasa diturunkan tetapi hanya dikekalkan.

Dengan keputusan menentukan harga mengikut pasaran, barulah rakyat dapat merasa harga minyak diturunkan berkali-kali sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*