Golongan Bertentangan Jantina Masih Boleh Dirawat

Share This:

 

Pada masa kini, apa yang membimbangkan umat islam, terdapat beberapa golongan yang memperjuangkan LGBT, mahu menerima golongan ini dan mahu mengiktirafkan golongan ini wujud dalam semua agama termasuklah Islam walaupun ianya bertentangan dengan agama.

 

Namun, menurut sumber berkata, golongan yang berperwatakan dan mempunyai perilaku bertentangan dengan jantina asal mereka seperti mak nyah dan pengkid ini dikatakan masih boleh dirawat melalui kaedah kaunseling, psikoterapi dan intervensi.

 

Menurut Ketua Seksyen Psikoterapi dan Intervensi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, pemulihan dan rawatan perlu dilakukan memandangkan isu yang dikaitkan dengan amalan songsang ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang tidak ditangani awal.

 

“Walaupun segelintir daripada mereka mungkin menganggapnya sukar untuk berubah namun, kaedah kaunseling, psikoterapi dan intervensi boleh membantu bagi mengenali siapa diri mereka yang sebenar, sekali gus menangani perasaan konflik dalaman yang dihadapi”

 

“Pendekatan ini perlu digunakan supaya mereka dapat kembali ke jalan yang betul dan fitrah manusia sebenar,” katanya dalam laporan yang dipetik dari Utusan.

 

Menurut beliau, golongan mak nyah atau pengkid ini biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang menyebabkan mereka cenderung untuk berpenampilan dan berkelakuan berbeza dengan jantina asal mereka.

 

Dalam pada itu, amalan songsang ini sering dikaitkan dengan kecelaruan identiti jantina merujuk kepada ketidakselesaan berterusan yang dialami individu berhubung jantina mereka dan kemahuan untuk menjadi jantina sebaliknya.

 

Tambahnya lagi, golongan ini cenderung mengubah ciri fizikal mereka dengan cara mendapatkan hormon atau pembedahan untuk kelihatan seperti wanita atau lelaki yang sepadan dengan jantina berlawanan.

 

“Kewujudan golongan ini amat membimbangkan ramai pihak dan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat sekiranya dibiarkan tanpa usaha untuk membetulkannya,” katanya lagi.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*